Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

NGO Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) merancang untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bagi membatalkan sekatan Felda ke atas ceramah anjuran Pakatan Rakyat di dalam kawasan tanah rancangan tersebut.

Peguam ANAK Mohd Harris Abdullah berkata pihaknya akan memohon supaya mahkamah memutuskan bahawa sekatan melalui penguatkuasaan Seksyen 34 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 itu tidak sah.

NONE Jelasnya, peruntukan itu memberi kuasa kepada Felda untuk melarang sesiapa sahaja memasuki tanah rancangannya.

Mohd Harris berkata peruntukan itu bercanggah dengan peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan rakyat bergerak bebas dan bermastautin di mana-mana kawasan dalam Persekutuan.

Peguam tersebut berkata, sekatan seperti itu boleh dilihat melalui satu surat yang dikeluarkan pejabat Felda Jengka 12 dan diterima ketua PAS kawasan cawangan berkenaan.

Surat bertarikh 11 Januari itu, menyatakan bahawa pihak berkuasa Felda dan Jawatankuasa Perunding Peneroka memutuskan untuk "tidak membenarkan sebarang ceramah atau provokasi yang melibatkan politik diadakan di kawasan Felda Jengka 12 sebelum pembubaran parlimen dilakukan."

NONE Mohd Harris berkata ANAK akan mengemukakan surat berkenaan dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi Kuantan minggu depan.

"Perbuatan Felda melanggar perlembagaan. Minggu depan kita akan ke mahkamah untuk memohon pengisytiharan bahawa arahan itu tidak sah," kata Mohd Harris dalam sidang media di ibu pejabat PAS semalam.

Sementara itu, presiden ANAK Mazlan Aliman pula menjelaskan, surat tersebut bagaimanapun tidak menyatakan bahawa sekatan dibuat berdasarkan peruntukan Akta Kawasan Penempatan Berkelompok.

Beliau mendakwa, perkara itu hanya dinyatakan oleh pihak Felda kepada peneroka secara lisan dan pertemuan mereka.

NONE Katanya, Felda tetap membuat keputusan berkenaan walaupun polis juga telah memberi maklum balas mengikut Seksyen 14(1) Akta Perhimpunan Aman dan mengenakan syarat kepada mereka berhubung penganjuran ceramah itu.

Dalam sidang media itu, Mazlan turut mendakwa bahawa sekatan yang dikenakan Felda ke atas kegiatan Pakatan kini lebih agresif semenjak mereka mengadakan jelajah ke kawasan peneroka berkenaan dalam program Kembara Oren pada Disember lalu.

"Ini menimbulkan usasana tidak tenteram (di Felda). PAS dan PKR ada cawangan di seluruh tanah rancangan Felda.

"Daripada 317 Felda, saya boleh kata sekurang-kurangnya 280 tanah rancangan (yang mempunyai cawangan PAS dan PKR)... Kenapa nak disekat?," soalnya.

ADS