Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong berkata, tiga orang tokoh yang sebelum ini rapat dengan BN menunjukkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

 

Katanya, beliau merujuk kepada pandangan bekas pengerusi konglomerat media MRCB Datuk Abdul Rahman Maidin, bekas timbalan menteri Datuk Yahya Lampong, serta ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

 

NONE Beliau menjelaskan tiga pandangan individu tersebut diamatinya dari sudut kaca mata seorang wartawan.

 

Zulkifli berkata, beliau menilai tahap keyakinan personaliti berkenaan ke atas situasi politik yang berlaku dan usaha yang ditunjukkan individu tersebut dalam mendekati Pakatan Rakyat, khususnya PAS.

 

Jelasnya, Yahya menyatakan keyakinan bahawa Sabah bakal menyumbangkan 18 daripada 24 kerusi parlimen kepada Pakatan Rakyat berdasarkan sokongan kaum Kadazan, Dusun, Murut dan Cina.

 

"Berdasarkan pengalaman saya menyampaikan maklumat dan pengalaman orang, Datuk Yahya berkata 18 daripada 24 kerusi di Sabah akan jatuh dalam pilihan raya. 

 

"Itu angka pertama yang saya temui menjelang pilihan raya umum," katanya dalam satu forum anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di kampus berkenaan hari ini.

Abdul Rahman - yang menyertai PAS akhir tahun lalu - pula katanya sanggup menyertai PAS dan membantu usaha parti itu untuk meluaskan pengaruh di Johor secara sembunyi-sembunyi .

 

NONE Kata Zulkifli, ahli perniagaan itu dilihat sangat rapat dan sentiasa bersama dengan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub serta memberi cadangan dan pandangan kepadanya semata-mata mahu memecahkan kubu Umno di Johor.

 

"Saya nak cakap (bahawa) kesungguhan Datuk Rahman. (Beliau berkata) kita mesti berusaha sebaik mungkin untuk memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat kali ini.

 

Katanya, Abdul Rahman juga amat bimbang sekiranya usaha tersebut tidak membuahkan hasil dan memberitahunya: "Jika kalah, lunyai aku dikerjakan Umno".

"Beliau yakin, jika PAS dan Pakatan tidak menang kali ini, habis dia. Dia akan hancur dari segi bisnes dan sebagainya," katanya yang pernah bekerjasama dengan Rahman dalam pelbagai program.

 

Beliau juga menilai tindakan Deepak yang kini berusaha mendapatkan perlindungan daripada tindakan undang-undang bagi membuat pendedahan yang menjejaskan BN, kata Zulkifli.

Katanya, usaha Deepak untuk mendapatkan perlindungan sebagai saksi itu menimbulkan semua orang tertanya-tanya kenapa beliau memohon imuniti atau dilindungi sebagai saksi kepada saksi kepada Pakatan Rakyat, sedangkan BN yang menang.

 

"Bagi Deepak, Pakatan Rakyat adalah kerajaan masa depan dan selepas pilihan raya ini bagi berdasarkan hubungan dengan koridor kuasa, beliau yakin kepada Pakatan Rakyat. 

 

"Itu adalah tiga padangan yang saya temui ketika bertugas sebagai wartawan," katanya yang pernah menuntut Universiti Malaya.

ADS