Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.

NONE Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.

"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini . Kamu selalu spin . Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.

Ditanya lanjut sama ada beliau akan memohon maaf atas tulisan tersebut, seperti mana yang dituntut oleh setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Zahid berkata beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.

NONE "Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya," katanya dengan nada serius.

Zahid dalam tulisannya dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Enggan ulas isu tahan Adam Adli

Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu.

adam adli raid 190513 Sementara itu, Zahid dalam sidang media hari ini turut ditanya mengenai sebab penahanan yang dibuat ke atas aktivis mahasiswa Adam Adli.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataannya dijadikan isu politik.

"Kalau saya cakap, nanti mereka (pembangkang) kata itu tindakan (bermotifkan) politik. Biar profesional," katanya.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula, dalam sidang media sama, berkata beliau akan mengulas perkara itu kemudian.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini