Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Isu 'pil kuda' bukan isu p'raya kecil Kuala Besut

Ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata dakwaan bahawa presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfitnah tiga calon PKR di Terengganu bukan satu isu dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

"Boleh tak, kita cakap esok selepas kempen... Saya tidak berhajat untuk memberi komen.

“Tunggu kepimpinan atas memberi komen tentang isu ini, kerana ia bukan dalam kerangka isu di Kuala Besut," kata Dr Dzulkefly dalam sidang medianya hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita mengenai sidang akhbar Mohd Shamsul semalam bahawa beliau, Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (calon DUN Kota Putera) and Ahmad Nazri Mohd Yusof (calon DUN Seberang Takir) akan mengemukakan saman atas kenyataan Hadi pada April lalu.

Dalam kenyataan itu, Abdul Hadi menjelaskan mengenai tindakan PAS untuk meletakkan calon menentang calon PKR di tujuh kerusi pada pilihan raya umum 5 Mei, termasuk menentang tiga individu tersebut.

Ahli parlimen itu didakwa menyebut bahawa calon PKR dibimbangi menjual pil kuda dan menggantung potret pemimpin komunis di ibu pejabat mereka.

"Kesan daripada ucapan tersebut, saya sering dipulaukan dan dipersenda oleh penduduk kampung saya.

"Ini menjejaskan nama baik saya. Nama keluarga dan parti saya terjejas dan perniagaan saya juga terjejas secara tidak langsung,” kata Shamsul yang teresak-esak ketika membacakan laporan polisnya semalam.

 

ADS