K'jaan tangani kebimbangan Fitch dalam Bajet
Kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah untuk menangani kebimbangan yang ditimbulkan agensi penarafan Fitch berhubung prospek ekonomi Malaysia dalam Belanjawatan 2014.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun enggan menghuraikan lanjut apa yang akan dilakukannya bagi menangani kebimbangan itu, yang termasuk peningkatan ketara hutang kerajaan.
"Ini kebimbangan yang dikongsi bersama sebagai kerajaan dan kita akan lihat bagaimana untuk menanganinya...
"Buat masa ini, kita sedang lihat pelbagai pilihan dasar tetapi kita juga faham, terdapat keperluan untuk kita mengukuhkan kedudukan makro kerajaan dan fiskal," katanya kepada pemberita.
Rating Fitch menyemak semula prospek Malaysia daripada "stabil" kepada "negatif", dengan mengutarakan masalah kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.
Ia juga mengetengahkan kebimbangan berhubung peningkatan hutang isi rumah dan hutang kerajaan, sebanyak 53.3 peratus pada penghujung 2012, tidak termasuk liabiliti luar jangka.

