BERITA

Pengkaji Islam: Jangan lawan api dengan api

Aidila Razak

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Ogs 2013, 5:07 pagi

Beberapa orang pengkaji Islam yang dihubungi Malaysiakini menggesa pihak berkuasa agar bertindak dengan wajar dalam menangani kes penganut Buddha yang menjalankan upacara kontroversi di sebuah surau di Johor.

NONE Seorang daripadanya, setiausaha agung Persatuan Ulama Malaysia Mohd Roslan Mohd Nor yang berkata pihak berkuasa sepatutnya mengambil kira “dialog antara agama” dan bukannya mengambil tindakan keras.

“Kami menggesa pihak berkuasa untuk menangani perkara ini dengan kebijaksanaan kerana kita tidak mahu orang bukan Islam takut kepada Islam. Ia sepetuanya ditangani dengan musyawarah, terutama di peringkat antara agama,” katanya.

Kenyataannya itu dipersetujui seorang penceramah agama popular Halim Hafidz yang menggesa agar orang Islam tidak “melawan api dengan api”.

“Tidak salah untuk menimbulkan isu seperti ini tetapi kita tidak boleh terlalu cepat menjatuhkan hukum. Kita seharusnya berbincang dengan cara yang sihat kerana kita hidup dalam negara berbilang kaum, berbilang agama. Hormatilah satu sama lain,” kata Halim dalam satu tulisan di Facebook.

Beliau yang sering menjadi pengulas tamu di program Radio24 Bernama itu juga menggesa agar isu berkenaan dirujuk kepada para ilmuan agama dan agar orang Islam tidak melatah.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.