PKR: Ops Cantas 'langkah PR' guna undang-undang lapuk
PKR menganggap Ops Cantas sebagai satu "langkah perhubungan awam" oleh pihak polis, yang membawa kepada "tangkapan rawak" beramai-ramai di bawah undang-undang "lapuk".
Sambil menyuarakan kebimbangannya terhadap keselamatan awam, Naib Presiden PKR, N Surendran mendakwa ia adalah satu percubaan oleh pihak polis untuk menunjukkan bahawa mereka sedang melakukan sesuatu untuk membanterask jenayah.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, jika pihak polis terlibat dalam usaha perhubungan awam, maka penjenayah sebenar tidak akan tertangkap.
Surendran yang juga seorang peguam berkata, dengan menggunakan Akta Pencegahan Jenayah 1959, yang kurang diketahui, maka pihak berkuasa "cuba menghukum" mereka yang ditangkap secara rawak, dengan menahan mereka selama lebih daripada 70 hari tanpa didakwa.
[Baca berita Penuh]

