Kisah lapangan terbang dengan 599 lubang
Bukan pemandu kereta dan motosikal sahaja perlu mengelak jalan berlubang setiap hari, tetapi mungkin juga pemandu kapal terbang.
Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati, tempat pendaratan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mempunyai 599 lubang di landasan dan jalan rayap, sehingga ia dibetulkan.
Paling buruk, seorang juruterbang dipetik mengadu kesukaran mendapat dalam keadaan cuaca buruk, "terutamanya jerebu", kerana Sistem Pendaratan Berpandu (ILS) yang dibeli pada Jun 2008 masih belum dipasang.
Juruterbang yang tidak dinamakan itu, yang menerbangkan pesawat Malaysia Airlines memberitahu pasukan audit bahawa ILS diperlukan untuk semua penerbangan komersil dan tanpanya membahayakan keselamatan penumpang.
Kementerian Pengangkutan bagaimanapun berkata, ILS tidak menjejaskan keselamatan operasi pesawat dan banyak lapangan terbang di dunia tidak mempunyai sistem begitu.
Semua 599 lubang itu telah ditampal oleh kontraktor Global Upline Sdn Bhd (GUSB, walaupun perkhidmatannya ditamatkan selepas itu.

