P'raya kampus IPTA semasa kempen PRK Sg Limau
Sembilan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan mengadakan pilihan raya kampus sepanjang tempoh berkempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau yang berlangsung selama 12 hari bermula pada 23 Oktober ini.
Pilihan raya kampus bagi Universiti Malaya, Universiti Kebangsaaan Malaysia dan Univerisiti Pertahanan Nasional Malaysia akan berlangsung serentak dengan hari pernamaan calon DUN Sungai Limau, pada 23 Oktober.
Manakala bagi empat lagi - Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah dan Univerisiti Sains Islam Malaysia - akan melangsungkan pada keesokan harinya pada 24 Oktober.
Sementara Universiti Utara Malaysia dan Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia, masing-masing akan menjalankan pilihan raya kampus pada 29 dan 30 Oktober ini.
Dalam kenyatannya, Pengerusi Pro-Mahasiswa (pro-M) Nasional Edikoup berkata 11 kampus lagi bakal mengadakan pilihan kampus mereka pada minggu 21, 27 dan 28 November ini tetapi kesemuanya tertakluk kepada perubahan pihak universiti sekiranya ada.
Edikoup berkata tarikh itu dimaklumkan selepas pihaknya menghantar memorandum 'Bersih Kampus' kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya kelmarin dan diterima oleh Setiausaha Politik kepada menteri pendidikan dan pengajian Tinggi Abdul Hadi Omar.
Bagaimanapun, katanya selepas apa yang telah diumumkan oleh wakil KPM berkaitan tarikh pilihan raya kampus, pihaknya kesal kerana sehingga sekarang pihak univerisiti tidak memaklumkan tarikh tersebut kepada mahasiswa.

