Menteri: Hukuman penjara kerana kes kibar Sang Saka
Kerajaan menjelaskan bahawa cadangan pindaan ke atas Kanun Keseksaan untuk mengenakan hukuman penjara ke atas individu yang menghina Jalur Gemilang dirangka ekoran perbuatan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan pada Ogos lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata ia merupakan kejadian yang “amat menyedihkan” kerana tidak boleh dikenakan hukuman mengikut Kanun Keseksaan sedia ada.
Katanya, tindakan berkenaan merupakan satu penghinaan kepada maruah negara tetapi tindakan tidak boleh diambil kerana tiada peruntukan undang-undang.
“Ia sangat menyedihkan,” katanya
Cadangan pindaan itu mempertunkkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 15 taun bagi kesalahan memijak Jalur Gemilang atau mengibar bendera selain Jalur Gemilang untuk mewakili Malaysia.

