MCA: GST boleh agih semula pendapatan pada yang miskin
Diterbitkan: Oct 24, 2013 12:13 PM | Dikemas kini: Oct 24, 2013 12:26 PM
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh mengagihkan semula pendapatan dari golongan kaya kepada golongan berpendapatan rendah, kerana mereka yang berpendapatan tinggi dijangka membayar lebih kepada GST, kata MCA.
Pendapatan ini, kata ahli Parlimen MCA Labis, Datuk Chua Tee Yong, boleh digunakan untuk membiayai subsidi yang disasarkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
"Di Singapura, 75 peratus kutipan GST dibayar oleh 25 peratus golongan berpendapatan tinggi dan ekspatriat," katanya kepada pemberita hari ini.
GST dispekulaskan secara meluas bakal dimasukkan dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan esok.
[Baca berita Penuh]

