Bagi penduduk Lembah Bertam, bunyi siren sejurus sebelum banjir melanda mungkin merupakan tanda-tanda pertama bahawa mereka tinggal di laluan bencana.

Tetapi bagi penyelidik yang mengkaji Takungan Ringlet, di mana terletaknya Empangan Sultan Abu Bakar, siren itu dibunyikan sejak sedekad yang lalu, sebelum bencana melanda.

NONEBerdasarkan kertas kajian yang diterbitkan seawal tahun 1997, 

tragedi 23 Oktober lalu, adalah bencana buatan manusia - gabungan kegagalan mengawal penebangan hutan dan memastikan penduduk tidak tinggal di kawasan tebing sungai.

Dan ia bukan sahaja ladang haram dan setinggan yang menetap berhampiran sungai - satu simulasi pada 2011, yang dijalankan sendiri oleh Universiti Tenaga Nasional ( Uniten ) milik TNB, menunjukkan bahawa sebuah sekolah dan sebuah surau terletak di laluan bahaya itu.

Malah, gambar-gambar yang dirakamkan selepas banjir pada 23 Oktober lalu, menunjukkan kawasan sebuah sekolah di Lembah Bertam,  ditenggelami lumpur.

Begitu juga, tiga tahun sebelum bencana itu melanda, satu

penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang diterbitkan dalam sebuah jurnal antarabangsa, memberi amaran bahawa 3,000 penduduk Lembah Bertam berada dalam bahaya sekiranya berlaku hujan lebat.

Penebangan hutan secara besar-besaran

NONESementara itu, penyelidik Universiti Malaya berkata dalam satu hasil kajian yang diterbitkan pada 1997 bahawa penebangan hutan secara besar-besaran mengakibatkan pengelodakan, yang menjejaskan fungsi tebatan banjir takungan itu.

Amaran yang sama turut dibangkitkan dalam kertas kerja oleh sebuah anak syarikat TNB yang diterbitkan oleh sebuah institut Jepun hampir satu dekad kemudiannya.

Kajian TNB Hidro Sdn Bhd itu menyebut bahawa penghutanan semula yang ekstensif dan kerja meratakan bumi di kawasan Cameron Highlands untuk tujuan pertanian dan pembangunan perumahan, telah mengakibatkan hakisan yang meluas di permukaan tanah.

NONEKajian mendapati bahawa beban mendepan di Sungai Telom dan

Sungai Bertam, yang mengalir ke dalam takungan Ringlet, masing-masing telah meningkat 20 kali ganda dan 17 kali ganda sejak tahun 1960-an.

Empat puluh tahun selepas ia siap pada tahun 1963, pengelodakan telah mengurangkan kapasiti empangan kepada kira-kira separuh, sedangkan ia sepatutnya boleh bertahan selama 80 tahun.

Menurut kertas kajian yang diterbitkan dalam Journal of Flood Engineering Januari lalu, penyelidik Uniten menegaskan bahawa simulasi mereka menunjukkan banjir di Lembah Bertam ekoran pelepasan takungan berisiko kepada penduduk di hilir.

Lima meter ditenggelami air

Pasukan penyelidikan itu, termasuk seorang jurutera kanan TNB , menambah bahawa walaupun "pelepasan kecil" 4m³ sesaat dilepaskan dari empangan itu, struktur hiliran berdepan "risiko tinggi banjir" yang dijangka sedalam satu meter.

NONEJika salah satu pintu pelepasan banjir dibuka, sepertimana yang

berlaku ketika bencana 23 Oktober lalu, kawasan hilir - termasuk sebuah surau dan sebuah sekolah - akan ditenggelami banjir sedalam lima hingga enam meter.

Pada 23 Oktober lalu,  satu pintu banjir dibuka tiga kali, mengakibatkan kerosakan besar kepada harta benda dan mengorbankan empat nyawa.

[Baca berita penuh]