Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) berkata hasil siasatan ditempat kejadian berhubung kematian beberapa pekerja warga Nepal di sebuah kilang kayu di Kedah, tidak menemui bukti yang berkaitan dengan pekerjaan.

Kematian tersebut mempunyai kebarangkalian yang tinggi akibat alkohol, dan bukan kerana bahan merbahaya dalam kilang itu, seperti disyaki aktivis, kata Pengarah DOSH Kedah, Mohamad Jais Suratman kepada Malaysiakini.

"Mangsa mati semasa di asrama dan di luar waktu kerja. Semasa siasatan didapati botol minuman beralkohol bergelimpangan ditempat kejadian.

"Hasil siasatan di tempat kejadian, tiada bukti berkaitan dengan pekerjaan," kata Mohamad Jais sebulan selepas kematian tersebut dilaporkan.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi maklum balas kepada dakwaan Parti Sosialis Malaysia yang kematian pada 11 Januari itu boleh dielakkan sekiranya penyelia kilang memberikan bantuan perubatan.

[Baca berita penuh]