WAWANCARA Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok merancang menulis kepada menteri dalam negeri dan polis berhubung ancaman menamparnya untuk ganjaran sehingga RM1,200 oleh sekumpulan NGO.

Wakil rakyat DAP selama empat penggal itu berkata, idea itu muncul selepas berbincang dengan rakan-rakannya selepas ancara itu.

“Kami tidak jangka langsung, dua hari kemudian, Zahid keluarkan kenyataan, tidak perlu untuk siasat sehinggalah saya ditampar... atau ada ancaman untuk bunuh saya.

“Ini sangat menyedihkan apabila ia keluar daripada mulut menteri dalam negeri. Pada masa itu, saya ada fikir, 'lihat, ini jenis menteri kabinet yang kita ada'.

“Saya harap boleh ambil alih dan duduk di tempat mereka. Mungkin saya boleh buat kerja lebih baik,” katanya ketika diwawancara di pejabat Malaysiakini di Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]