Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihatkan ketua misi diplomatik Malaysia di luar negara berhati-hati terhadap apa yang digelarnya sebagai zaman media sosial.

Ini kerana, menurut Najib, perbualan peribadi juga boleh bocor ke dalam blog-blog.

“Berdepan dengan media sosial dan menjadi pengamal media sosial aktif menjadi prasyarat masa kini,” katanya dalam persidangan di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman berkata, media sosial berjaya mengubah kerja-kerja diplomatik serta berdepan lebih cabaran.

“Zaman baru kesegeraan maklumat memerlukan set kemahiran baru dan menuntut lebih banyak daripada diplomat hari ini,” kata Anifah.

[Baca berita penuh]