Penumpang merungut kualiti makanan MAS
Kualiti makanan dan perkhidmatan di bawah standard antara aduan paling banyak dibuat penumpang Malaysia Airlines dalam laman web penarafan SkyTrax Airline Rating and Review .
Daripada 66 ulasan antara Disember tahun lalu hingga 20 Februari, seramai 41 peratus tidak mengesyorkan tidak menggunakan lagi penerbangan itu atas alasan tersebut.
Penerbangan lain seperti Singapore Airlines mendapat 25 peratus kritikan.
Sementara 16 peratus enggan menggunakan lagi Thai Airways selepas pengalaman buruk dalam tempoh sama.
Bagaimanapun, Malaysia Airlines sedikit lebih baik berbanding Emirates apabila kira-kira separuh daripada penumpang antara Disember dan Februari, dalam ulasannya, enggan mengesyorkan penerbangan itu.
Malaysia Airlines belum memberikan respon kepada permintaan Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan.

