Kandungan memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara Selangor dan kerajaan persekutuan berhubung pengambilalihan syarikat konsesi air sama dengan "apa yang sudah dibentangkan kepada PKR", satu sumber yang melihat dokumen tersebut.

"Prinsip-prinsipnya adalah sama seperti apa yang telah dijelaskan kepada ADUN dan pemimpin PKR, DAP dan PAS.

"Ia tidak berbeza, tidak ada sebarang perubahan syarat.

Satu-satunya perkara ialah mereka tidak dimaklumkan bila MOU itu akan ditandatangani," kata sumber itu.

Ini berikutan dakwaan pemimpin parti bahawa mereka tidak dirujuk mengenai pemeteraian MOU itu, yang mungkin diumumkan tidak lama lagi.

Menurut sumber itu, RM2 bilion yang akan diberi oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri, tidak menaikkan harga tawaran.

Ini bermakna kerajaan negeri hanya akan membayar RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi, sama seperti apa yang ditawarkan tahun lepas.

Pada masa yang sama, kerajaan persekutuan akan menyerahkanRM2 bilion kepada kerajaan negeri bagi pertukaran aset air negeri atau ekuiti dalam syarikat-syarikat air.

Syarikat-syarikat konsesi air perlu menerima tawaran yang dibuat itu menjelang 10 Mac.

"Jika tidak, ada Seksyen 14 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan kerajaan persekutuan boleh melakukan sesuatu terhadap lesen mereka," kata sumber itu.

Seksyen itu menyatakan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mempunyai kuasa untuk membatalkan lesen syarikat konsesi.

[Baca berita penuh]