Zahid tidak salahkan pegawai imigresen
Pegawai Imigresen yang memeriksa dokumen pengenalan diri yang digunakan oleh dua rakyat Iran yang menaiki penerbangan MH370 dengan pasport dicuri "telah mengikut prosedur".
Katanya, rakyat Iran itu masuk dari Phuket pada 28 Februari tetapi tidak menjelaskan sama ada mereka masuk menggunakan pasport mereka sendiri, seperti yang didakwa oleh Interpol, atau pasport curi seperti yang didakwa oleh Jabatan Imigresen.
Menurutnya, satu siasatan dalaman telah dijalankan dan (pegawai imigresen yang memeriksa identiti kedua-duanya) mematuhi prosedur operasi standard.
Isunya, tambah Zahid, ialah bukan mengenai mereka menggunakan pasport palsu tetapi yang dicuri.
"Saya tidak mahu perkara ini dimanipulasi di media sosial," katanya.
Menteri itu berkata polis tahu di mana hotel kedua-duanya tinggal di Kuala Lumpur dan siapa yang memandu membawa mereka ke lapangan terbang.
Menurut Interpol, kedua-duanya mengembara dengan pasport dicuri, masing-masing milik rakyat Austria dan Itali, yang sudahpun dalam senarai agensi tersebut mengenai pasport curi.
Ditanya jika Jabatan Imigresen dihubungkan kepada senarai Interpol, Ahmad Zahid berkata mereka sudahpun berbuat demikian.

