Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata keengganan 15 keluarga setinggan di Kampung Puah dekat Sentul menyukarkan kerajaan dan agensi berkaitan menjalan kerja pembersihan sungai termasuk projek pembinaan kolam pencegahan banjir.

Beliau berkata keengganan itu timbul kerana mereka mempersoalkan status projek Kampung Warisan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kawasan itu sebelum ini.

"Dalam lawatan (perdana menteri) itu dinyatakan mahu menjadi Kampung Warisan, jadi mereka berkata mengapa (mereka) perlu dipindahkan.

"Jadi (penghuni) setinggan yang terlibat mahu melihat apa status yang diumumkan oleh perdana menteri (terlebih dahulu)," kata Ahmad Phesal dalam taklimat projek “River of Life” bawah seliaan Kementerian Wilayah Persekutuan di pejabatnya pagi ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Phesal berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menyediakan penempatan gantian kepada keluarga itu di Bukit Jalil bagi membolehkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memulakan pembersihan sungai sekalig us kerja pembinaan kolam itu dapat dijalankan.

Kolam pencegahan banjir di Kampung Puah adalah satu daripada dua kolam bakal dibina. Kos kedua-dua kolam itu dianggarkan sebanyak RM113.25 juta.

"Kawasan setinggan itu adalah kawasan rizab sungai. Saya akan berjumpa dengan mereka pada 4 Jun ini bagi memudahkan pelaksanaan projek (pembersihan) ini dan mempertimbangkan alasan lain," katanya.

Taklimat kepada media berhubung projek transformasi koridor Sungai Klang-Gombak di Kuala Lumpur menjadi kawasan itu ceria, berdaya huni dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi, disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian itu Datuk Seri Adnan Md Ikhsan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS