Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mohamad Sabu berkata, beliau akan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini ekoran keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP.

"Kalau saya tak ikut, mereka mungkin kata saya tak taat kepada ulama," katanya ketika menyampaikan ucapan sarat dengan sindiran di sesi penggulungan muktamar PAS di Kuala Selangor hari ini.

Ketika ini Mohamad adalah salah seorang anggota Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang Halal Hab.

Mohamad Sabu berkata, beliau akan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini ekoran keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP.

Ketika ini Mohamad adalah salah seorang anggota Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang Halal Hab.

Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan meminta ahli PAS yang mendapat tempat dalam agensi kerajaan negeri supaya meletakkan jawatan.

Kata Lim, walaupun beliau tidak menghadapi masalah bekerja dengan sebahagian daripada ahli PAS, peletakan jawatan itu wajar kerana berkaitan dengan usul yang diluluskan tanpa bahas oleh muktamar.

Sementara itu, Mohamad mengumumkan beliau melepaskan jawatan sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS Sarawak ekoran kekalahannya dalam pemilihan kali ini.

Kata Mohamad, jawatan berkenaan sebelum ini diberikan atas kapasitinya sebagai timbalan presiden.

Katanya, beliau akan menghadapi kesukaran jika diminta mengadakan rundingan mengenai pembahagian kerusi di kalangan pembangkang negeri berkenaan.

Di peringkat Sarawak, DAP sudah memutuskan hubungannya dengan PAS sejak Mac lalu.

Dalam nada sinis, Mohamad berkata, PAS memang 'boleh berunding' kerana kini bersendirian.

"Kita kuatkan...? Kita tidak mahu tolak ansur,  yang penting keredaan Allah. Kita mencari keredaan, inilah kemenangan," katanya.

Sarawak perlu mengadakan pilihan raya umum negeri itu sebelum April tahun depan.

Lihat Komen
ADS