Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada siasatan polis '1MDB sembunyikan saksi', kata Zahid

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata pihak polis tidak akan menjalankan sebarang siasatan berhubung dakwaan tiga saksi utama dalam kes 1MDB disembunyikan.

Ini kerana menurut Zahid (BN-Bagan Datoh) dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, tiada laporan polis yang dibuat oleh bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Datuk Abdul Hamid Bador atau mana-mana pihak berhubung dakwaan itu.

"Dakwaan oleh bekas timbalan pengarah 1 Cawangan Khas hanya merupakan andaian beliau sendiri yang disiarkan dalam laman media sosial sahaja," katanya.

Zahid menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang memohon supaya beliau menjelaskan mengenai perkembangan terkini siasatan berhubung yang dibangkitkan oleh Abdul Hamid.

Mahfuz antara lain menyoal hasil siasatan dakwaan Abdul Hamid mengenai terdapat pihak tertentu menyembunyikan tiga saksi utama dalam siasatan kes 1MDB serta Cawangan Khas mencampuri dan diperalat untuk kepentingan politik.

Dalam jawapan bertulis juga, Mahfuz yang juga bekas naib presiden PAS menuntut penjelasan Zahid sama ada Abdul Hamid bakal dikenakan tindakan berikutan dakwaan itu.

Bagaimanapun Zahid berkata polis telah mengeluarkan surat tunjuk sebab untuk mendapatkan penjelasan berkaitan kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hamid ( kiri ).

"Pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan memneliti reperesentasi yang dikemukan oleh beliau sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Pihak kemneterian tidak berhasrat untuk mengulas lanjut berkaitan perkara ini memandangkan kes berkenaan di peringkat siasatan dan dikhuatri boleh menjejaskan proses menjejaskan proses siasatan dijalankan," katanya.

Lihat Komen
ADS