Paling Popular
Terkini
story images
story images

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, mempersoalkan keputusan kerajaan melantik Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara kerana tokoh terbabit mempunyai kaitan dengan Umno.

Suami Madinah, Datuk Rizuan Abdul Hamid, ialah ketua Umno Kepong dan pernah menyatakan kesediaannya "mati" untuk Datuk Seri Najib Razak.

Kata Fahmi, jawatan Ketua Audit Negara berperanan penting yang menyelia badan-badan kerajaan dan hal ehwal penggunaan dana awam.

"Justeru seorang Ketua Audit Negara bukan saja mesti bebas, adil dan di atas politik, dia juga mesti kelihatan bebas, adil dan di atas politik.

"Disebabkan suami Madinah seorang anggota tegar Umno yang pernah dilaporkan sanggup mati demi Najib, ia tidak melambangkan keyakinan yang perlu ada untuk tugas seorang ketua audit.

"Tambahan pula ada beberapa kebimbangan sedang berlaku - termasuk 1MDB yang dikaitkan dengan Najib - belum benar-benar selesai dan rakyat masih menunggu pendedahan laporan Ketua Audit Negara mengenainya," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu ketika dihubungi, Razuan memberitahu isterinya seorang wanita yang berprinsip.

"PKR tak perlu mempertikaikan integriti isteri saya. Tanyalah sesiapa saja mengenai Kementerian Pendikan. Ketua setiausaha lain pun takut," katanya.

Bagaimanapun Rizuan tidak menjawab pertanyaan Malaysiakini sama ada beliau masih bersedia "mati untuk Najib" manakala Madinah belum memberi respon kepada mesej peribadi dihantar kepadanya melalui media sosial.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS