Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mohd Amar: PH bersikap terbuka dengan k'jaan negeri, tapi...

Kerajaan Kelantan melihat pendekatan kerajaan persekutuan dalam hubungan dengan kerajaan negeri sebagai "bersikap terbuka".

Namun, kata Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Abdullah ia hanya kesimpulan awal.

"Kita tak boleh nak buat penilaian yang menyeluruh sebab masih awal, baru setahun.

"Cuma kita nampak ada sikap terbuka dalam kalangan pimpinan kerajaan persekutuan," katanya kepada media ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah dalam rangka lawatan kerja ke negeri itu.

Mohd Amar yang juga naib presiden PAS berkata, kerajaan Kelantan tidak mempunyai masalah dalam bekerjasama dengan kerajaan pusat walaupun ada sesetengah isu yang tidak sependapat.

"Namun secara umum ada juga isu-isu yang timbul masalah, misalnya bila isu di Kuala Koh baru-baru ini, atau dalam isu royalti," katanya ketika ditanya mengenai kerjasama antara Kelantan dan kerajaan persekutuan.

Tambah beliau, hubungan lebih lunak antara kedua-dua pihak sudah bermula ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

"Selepas Abdullah jadi perdana menteri, kerajaan pusat lebih lunak. Pendekatannya berbeza dengan zaman Dr Mahathir (Mohamad). Kemudian disambung pula oleh pentadbiran Najib (Razak)," kata Mohd Amar.

Lihat Komen
ADS