Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Indira dakwa penyokong Zakir Naik bantu bekas suami sembunyi anak

Perjuangan Indira Gandhi untuk bersatu semula dengan anak perempuannya, Prasana Diksa diteruskan dengan sebuah kumpulan hak asasi hari ini mendakwa menerima maklumat bahawa bekas suaminya menerima bantuan dari tiga kumpulan termasuk penyokong pendakwah kontroversial Zakir Naik.

Jurucakap Pasukan Tindakan Indira Gandhi (Ingat) Arun Doraisamy berkata dia telah membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi ini dengan harapan satu siasatan akan dijalankan untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima daripada orang ramai.

"Laporan polis yang dikemukakan hari ini berdasarkan maklumat terkini yang kami terima minggu lalu," kata Arun pada sidang akhbar bersama Indira di Wisma Hindu Sangam di Petaling Jaya.

Selain penyokong Zakir, Indira dalam laporannya turut mendakwa penglibatan beberapa NGO mesra PAS dan puak pemisah di selatan Thailand membantu melindungi bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah, yang turut sedang diburu oleh polis.

"Sejak tahun 2009 hingga sekarang, kita tahu ada kumpulan mesra PAS 9di belakang ini). Sebelum saya katakan hari ini, saya telah memikirkannya berkali-kali dan memutuskan yang saya terpaksa mendedahkannya.

"Maklumat baru yang kami terima, ada kumpulan pengikut Zakir Naik, ini juga saya fikir beberapa kali tentang bagaimana untuk mengatakannya," kata Arun.

Dia juga mendakwa bantuan diberikan kepada Riduan, yang dikatakan sedang menganggur , termasuk bantuan kewangan serta bantuan logistik.

Bagi kumpulan pemisah selatan Thailand, Arun mendakwa Ingat dimaklumkan bahawa mereka membantu Muhammad Ridhuan meninggalkan Kelantan dan melepasi sempadan negara walaupun dia tidak memiliki pasport yang sah.

"Ada (penduduk kampung) yang melihatnya, tetapi penduduk kampung kecil jadi mereka keberatan untuk mendedahkan identiti mereka," kata Arun, sambil menambah bahawa Ingat dan Indira telah menyampaikan semua maklumat berkenaan kepada bekas ketua polis negara Mohamad Fuzi Harun semasa mesyuarat di Bukit Aman pada 19 April.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS