Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Pemimpin perlu nyata sokong atau tak peralihan ke dasar berasaskan keperluan'

Ahli politik di negara ini perlu menyatakan secara terbuka sama ada mereka setuju dengan pendirian Presiden PKR Anwar Ibrahim tentang peralihan daripada dasar ekonomi afirmatif berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan, kata Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph.

"Mungkin kita perlu hantar surat kepada semua YB untuk tanya mereka setuju atau tidak," katanya, sambil menambah perlunya untuk menyatakan secara jelas tentang kebaikan pendekatan berdasarkan keperluan.

Bercakap di Persidangan Kebangsaan Kesembilan Menolak Diskriminasi di Kota Kinabalu hari ini, Jerald berkata seruan untuk mempercepat peralihan itu sepatutnya dibuat sekian lama.

"Saya rasa jika mereka tidak melakukannya sekarang, kita hanya akan terus dengan legasi (dasar afirmatif berdasarkan kaum), jadi kita mahu tahu sama ada pemimpin berani untuk bersuara tentang hal ini.

"Jika mereka tak dapat melakukannya, adakah kerana mereka terlalu takut bangkangan daripada pihak sayap kanan?" soalnya lagi.

Beliau merujuk ucapan Anwar di Simposium Ekonomi Malaysia pada minggu lalu, yang antara lain berkata peralihan itu juga merupakan pendirian PH dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Katanya lagi, kini teras kelima dalam manifesto Pakatan Harapan iaitu "membina Malaysia yang inklusift, moderat dan gemilang di persada dunia" sudah kurang diperkatakan.

"Mungkin kerana topik itu yang membawa sokongan. Tapi kita berharap kerajaan dapat bertegas terhadap taktik buli kumpulan sayap kanan.

"Kita mahu mereka ada keberanian moral untuk membuat keputusan yang betul, yang mungkin tidak populis. Inilah masanya, jika tidak kita akan kekal di takuk lama," katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS