Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 1.50pm | Lokasi terkini kes positif Covid-19 (16 Okt)
Diterbitkan:  Oct 16, 2020 8:25 AM
Dikemaskini: 5:56 AM

Senarai terdahulu: 8 Okt, 9 Okt, 10 Okt, 11 Okt, 12 Okt, 13 Okt14 Okt dan 15 Okt

Berikut adalah kawasan yang dilaporkan terjejas oleh Covid-19 pada hari ini.

Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa selaras dengan pengumuman yang dibuat.

Jika anda mengetahui ada sebarang lokasi yang disahkan merekodkan kes Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, ia boleh dimaklumkan kepada kami melalui e-mel [email protected].

Untuk lokasi yang terjejas, lawati laman penjejak yang dibangunkan Kini News Lab ini.

KEDIAMAN

  •  Arcoris Mont Kiara, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok A2 Arcoris Soho disahkan positif, kata pihak pengurusan dalam notis kepada penduduk malam tadi.

Pihak pengurusan sedang memeriksa log kad akses dan CCTV untuk mengesan lokasi yang dilalui individu terbabit bagi kerja-kerja sanitasi.

  •  Mont Kiara Bayu, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di tingkat 37 diuji positif pada 15 Okt, kata pihak pengurusan.

Pihak pengurusan sedang memeriksa log kad akses dan CCTV untuk mengesan lokasi yang dilalui individu terbabit bagi kerja-kerja nyahkuman.

  • Goodyear Court 10, Subang Jaya

Seorang penduduk di kondominium ini didapati positif pada 14 Oktober. Menurut pihak pengurusan kondominium, wanita itu dibawa dengan ambulans ke hospital pada hari yang sama.

Kerja-kerja nyahkuman telah dilakukan di premis berkenaan.

  • Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor

Seorang pemandu bas sekolah diuji positif Covid-19, kata Persatuan Penduduk Bandar Tasik Puteri kepada Sin Chew Daily.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan sekurang-kurangnya 11 orang di kawasan  ini, termasuk beberapa pelajar sekolah, didapati positif Covid-19.

SEKOLAH 

  • Wesley Methodist School (International), Kuala Lumpur

Dua beradik yang merupakan pelajar Tahun 7 dan Tahun 11 di sini disahkan positif Covid-19, kata sekolah itu dalam notis yang dihantar.

Sekolah berkenaan akan ditutup sehingga 22 Oktober untuk mengenal pasti kontak dan kerja-kerja nyah kuman, lapor The Vibes.

  •  Sekolah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Johor

Seorang pelajar Tahun 3 disahkan positif hari ini, menyebabkan sekolah berkenaan ditutup bagi mengenal pasti kontak dan kerja-kerja nyahkuman. 

Ia akan dibuka semula pada 25 Oktober, lapor Kosmo! 

Lihat Komen
ADS