Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lokasi terkini kes positif Covid-19 (15 Okt)
Diterbitkan:  Oct 15, 2020 8:51 AM
Dikemaskini: 1:31 PM

Senarai terdahulu: 8 Okt, 9 Okt, 10 Okt, 11 Okt, 12 Okt, 13 Okt dan 14 Okt

Berikut adalah lokasi terkini yang dilaporkan terjejas oleh wabak Covid-19 pada hari ini.

Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa selaras dengan pengumuman yang dibuat.

Jika anda mengetahui sebarang lokasi yang disahkan merekodkan kes Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, ia boleh dimaklumkan kepada kami melalui e-mel [email protected].


PEJABAT, PREMIS PERNIAGAAN

  • UOA Business Park, Shah Alam

Seorang pekerja di Menara 7 blok pejabat ini disahkan dijangkiti Covid-19 pada 12 Oktober.

Menara 7 ditutup sementara untuk pembasmian kuman namun kini telah dibuka semula, kata pihak pengurusan dalam pemberitahuan kepada penyewa.

  • GDex cawangan Subang Jaya, Bandar Sunway

Seorang pekerja di cawangan ini positif, menurut notis oleh syarikat kurier berkenaan.

Cawangan ini ditutup buat sementara waktu dan operasi telah dipindahkan ke cawangan Petaling Jaya di Jalan Tandang sehingga diberitahu kelak.

  • Plexus Manufacturing, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Dua pekerja di salah satu daripada lima fasiliti syarikat ini di Bayan Lepas diuji positif.

Semua kontak rapat telah diuji negatif, menurut kenyataan syarikat multinasional itu.

Fasiliti tersebut membatalkan shif petang dan ditutup sementara untuk kerja pembersihan.

  • Proton Shah Alam, Shah Alam, Selangor

Seorang pekerja yang bertugas bukan sebagai pelayan pelanggan dari Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan didapati positif pada 14 Oktober, kata syarikat pengeluar kenderaan nasional itu.

Prosedur pengesanan kontak rapat sedang dijalankan.Pekerja telah diminta untuk bekerja dari rumah.

  • Sakura Sushi Signature, Labuan

Seorang pelanggan yang menjamu selera di restoran ini antara 4 hingga 10 Oktober diuji positif.

Kedai makan ditutup sementara waktu sehingga tarikh diberitahu kelak. Semua pekerja menjalani kuarantin kendiri sehingga mereka menerima keputusan ujian swab masing-masing.

  • Menara DBKL 1 dan 3, Dewan Bandaraya KL, Kuala Lumpur

Dua kakitangan positif. Salah seorang bertugas di Jabatan Perancangan Bandar (JPRB) di Menara DBKL 1 dan dijangkiti virus itu daripada suaminya. Dia mempunyai simptom dan diuji positif pada 12 Oktober.

Seorang lagi bertugas di Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) di Menara DBKL 3. Pesakit ini, yang juga mengalami simptom, adalah kontak rapat dengan kes positif dan diuji positif pada 14 Oktober.

Dalam satu kenyataan, DBKL mengatakan kedua-dua bangunan telah dibuka semula setelah dibersihkan.

  • Ibu pejabat Affin Bank Bhd, Kuala Lumpur

Bernama melaporkan bahawa seorang pekerja di ibu pejabat bank di Jalan Raja Chulan positif. Semua kakitangan yang berhubung secara langsung dengan pekerja itu akan mengambil ujian Covid-19, sementara pekerja di bahagian lain akan bekerja dari rumah.

Bank itu dilaporkan mengatakan bahawa ibu pejabat akan ditutup hingga Isnin untuk kerja pembersihan, tetapi operasinya tidak terjejas sesuai dengan rancangan kesinambungan perniagaan.

  • Pejabat Agama Islam Daerah Rembau, Melaka

Bernama melaporkan bahawa seorang pelanggan yang mengunjungi pejabat hal ehwal agama pada 1 Oktober positif Covid-19, dan premis itu telah diperintahkan ditutup selama sembilan hari oleh Jawatankuasa Bencana Daerah Rembau pagi ini.

Pejabat agama dilaporkan memberitahu Bernama bahawa hanya seorang pekerja yang diarahkan untuk menjalani ujian Covid-19, sementara 26 yang lain diberitahu untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah.


TEMPAT IBADAT 

  • Church of the Sacred Heart, Jalan Peel, Kuala Lumpur

Seorang peserta upacara keagamaan yang diadakan pada 27 September di sini disahkan positif Covid 19 pada 12 Oktober, kata Keuskupan Agung Kuala Lumpur.

Pesakit berkenaan tidak menunjukkan gejala pada masa itu, manakala upacara keagamaan itu hanya ditangguhkan mulai 7 Oktober.


SEKOLAH, INSTITUSI DAN PUSAT PENGAJIAN

  •  Kolej INTI, Subang

Para pelajar dimaklumkan bahawa seorang kakitangan bukan akademik diuji positif pada 13 Oktober.

Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang telah makan di kantin kampus di Blok A (Uncle Chong Cafe) dari 5-9 Oktober antara 12.00 tengah hari dan 2.00 petang diminta mendaftar di sini atau menghubungi Perkhidmatan Pelajar di 017-220 4090 / iics.ssd@newinti. edu.my.

  • SMK Lubok China, Melaka

Sekolah ditutup dari 15 hingga 21 Oktober, setelah kes Covid-19 dikesan di sana.

  • SK Telok Berembang, Melaka

Seorang pelajar Tahun Enam positif di sekolah ini.Pelajar itu dijangkiti dari seorang makcik yang kembali dari Labuan, kata kerajaan negeri.


KAWASAN KEDIAMAN

  • Kampung Lela, Kuala Pegang, Kedah

Satu kes dikesan di sini semalam, kata Jabatan Kesihatan Kedah.

  • Taman Mergong Indah, Alor Setar, Kedah

Satu kes dikesan di sini semalam, kata Jabatan Kesihatan Kedah.

  • Taman Pertama, Pokok Sena, Kedah

Satu kes dikesan di sini semalam, kata Jabatan Kesihatan Kedah.

  • Kampung Nerambai, Lubok China, Negeri Sembilan

Dua pelajar sekolah yang tinggal di sini didapati positif, setelah mempunyai kontak rapat dengan seorang ibu saudara yang pulang dari Labuan.

  • Pangsapuri Bayu Pandan Jaya, Pandan Jaya, Selangor

Seorang penduduk di Blok B diuji positif Covid-19 pada 13 Oktober.

Keluarganya telah diuji negatif dan menjalani kuarantin 14 hari di rumah.

Pangsapuri itu ditutup buat sementara waktu untuk pengunjung dan akan dibuka semula setelah pembersihan selesai pada hari ini.

  • Pelbagai kampung dan kawasan perumahan di Kedah

Jabatan Kesihatan Kedah menyenaraikan 13 kes yang telah dikesan di komuniti di tiga daerah sehingga semalam:Di daerah Baling, lima kes telah dilaporkan di Kampung Padang Che Mas Dalam Wang, Pulai. Kampung Rambong; Kampung Kota, Siong; dan Kampung Dusun Raja, Bongor masing-masing melaporkan satu kes untuk menjadikan kes keseluruhan lapan kes di daerah ini.

Taman Mergong Indah, Alor Setar, mencatatkan satu kes.

Di daerah Kuala Muda, empat kawasan di Taman Kelisa Ria dan Taman Kempas di Sungai Petani; dan Kampung Masjid dan Kampung Baru di Tikam Batu, masing-masing mencatatkan satu kes.


PENGANGKUTAN AWAM

  • Stesen Bas Lahad Datu

Penumpang Bas Ekspress Sabariah yang berlepas dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu pada jam 9 malam pada 26 September diminta mendaftarkan diri di Klinik Kesihatan untuk pengesanan kontak Covid-19, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Sabah.

  • Lapangan Terbang Labuan dan KLIA.

Seorang penumpang penerbangan MH2608 dari KL ke Labuan pada 11 Oktober pukul 8:35 pagi, diuji positif.

Semua 99 penumpang dalam penerbangan yang sama telah diminta untuk menjalani pemeriksaan Covid-19 di Klinik Kesihatan Membedai.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS