BERITA

Anwar keluar dari kedutaan Turki

Abdul Rahim Sabri

Diterbitkan
Dikemaskini 1 Jul 2008, 5:04 pagi

kemaskini 11:10pm Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar dari rumah rasmi duta Turki di Kuala Lumpur, tempat beliau berlindung sejak pagi semalam, dan dipercayai menuju ke rumahnya.

Anwar berjalan keluar dari rumah Barlas Ozener, yang terletak tidak jauh dari bangunan kedutaan, dan memasuki kereta hitam kira-kira jam 6.45 petang ini.

anwar saiful bukhari sodomy allegations turkish embassy release  300608 Bekas timbalan perdana menteri itu kemudian bercakap ringkas kepada kumpulan kira-kira 50 wartawan di luar pagar rumah rasmi tersebut (foto) .

Beliau berkata jaminan keselamatan yang diberikan kepadanya oleh timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, menteri menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim mendorong beliau meninggalkan rumah duta berkenaan.

"Sekarang saya ambil keputusan keluar (dari kedutaan) kerana saya diberikan jaminan. Saya akan (lihat) apa yang akan berlaku," katanya.

Anwar menambah, dakwaan liwat terhadapnya susulan rancangannya untuk mengumumkan akan bertanding pilihanraya kecil, minggu ini.

"Kita hampir menang. Minggu ini saya sepatutnya mengumumkan keputusan saya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil," katanya dari sisi kereta.

Katanya, beliau juga akan mengumumkan penyertaan empat ahli parlimen komponen BN, termasuk dua dari Umno, bersama pembangkang minggu ini.

anwar saiful bukhari sodomy allegations turkish embassy release  300608 06 Beliau terus mengulangi keraguannya terhadap ketua polis negara dan peguam negara seperti kenyataan awalnya semalam.

"Yang saya bimbang ini adalah kepimpinan polis yang saya pertikaikan kerana saya ada bukti betapa Tan Sri Musa Hassan dan (Tan Sri Abdul) Gani Patail terlibat dalam perencanaan jahat, merekayasa atau memberikan fakta palsu dalam kes-kes (perbicaraan saya) terdahulu," tambahnya.

"Saya tentu akan memberikan kerjasama dalam kes penyiasatan. Tetapi penyiasatan apa?

"Penyiasatan yang berniat jahat, merekayasa cerita dan fakta seperti mana pernah berlaku dulu, bagaimana hakim, bagaimana polis yang menyiasat, bagaimana pendakwaraya dan Jabatan Peguam Negara dan peguam negara - ini masalahnya."

anwar saiful bukhari sodomy allegations turkish embassy release  300608 01 Sebelum itu peguamnya Sankara Nair tiba di kedutaan tersebut jam 6.15 petang.

Manakala isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR tiba kira-kira jam 6.40 tadi dan naib presidennya Azmin Ali sampai lima minit sebelumnya.

Bercakap ringkas kepada media, Azmin berkata pihaknya berpuas hati dengan jaminan keselamatan kerajaan .

Malaysiakini difahamkan beliau pulang ke rumahnya di Bukit Segambut sebelum mengadakan sidang akhbar jam 9 malam di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Sementara itu, penyokong Anwar juga diminta berkumpul di tempat yang sama malam ini untuk mendengar amanat pemimpin tersebut.

Kira-kira 250 penyokong Anwar dan wartawan menunggu-nunggu sidang media. Bagaimanapun menurut timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali, ia telah dibatalkan.

anwar saiful bukhari sodomy allegations turkish embassy release  300608 07 Para penyokong Anwar yang mengharapkan maklumat daripada mulutnya sendiri perlahan-lahan beredar dari depan pejabat itu dengan berat hati.

Risalah sehelai yang memuatkan berita terkini Malaysiakini dan Malaysia Today tentang perkembangan kes Anwar diedarkan sehingga para penyokong berebut-rebut mendapatkannya.

Teriakan "reformasi" dan takbir kedengaran selepas pengumuman pembatalan itu bagi kali kedua oleh timbalan setiausaha agung Johnson Chong menjelang 10 malam.

Menurutnya, jika ada sidang media, ia akan dimaklumkan esok.

Bagaimanapun lebih kurang 150 penyokong masih enggan beredar sehinggalah pengumuman rasmi dibuat oleh ibu pejabat parti melalui corong pembesar suara.

Anwar dimaklumkan sedang berbincang dengan kumpulan peguamnya malam ini di suatu tempat yang tidak dinyatakan.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.