Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti Sosialis Malaysia (PSM) Johor menyokong keputusan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah (KBPT) terus mempertahankan hak perumahan mereka daripada pemaju Bukit Lenang Development Sdn Bhd.

"Penduduk KBPT merupakan peneroka bandar di tanah tersebut sejak 1980-an. Mereka telah berusaha membeli tanah yang asalnya tiada pemilik ini tetapi gagal selepas geran tanah tersebut diberi kepada syarikat swasta," kata seorang penyelaras parti itu Choo Shinn Chei.

Menurut satu kenyataannya, sejak tahun-tahun tersebut, penduduk KBPT berusaha mendapatkan hak milik tanah tersebut tetapi berdepan masalah dengan pemaju.

"Pemaju sekarang Bukit Lenang Development Sdn Bhd telah membeli tanah ini pada tahun 1996, 11 tahun selepas penduduk tinggal atas tanah ini.

"Bukit Lenang telah cuba mengusir penduduk keluar dari tanah ini dengan menyaman penduduk di mahkamah sejak 10 tahun yang lepas," jelas Choo lagi.

Penduduk KBPT menerima notis mahkamah yang mengarahkan mereka berpindah pada 14 Ogos.

ADS