Sekurang-kurangnya 30 bahagian Umno dijadual akan bermesyuarat hujung minggu ini untuk memilih barisan kepimpinan masing-masing serta membuat pencalonan bagi jawatan tertinggi parti di peringkat pusat.
Mesyuarat perwakilan bagi 191 bahagian Umno bermula hari ini sehingga 9 November depan untuk membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan ahli Majlis Tertinggi.
Manakala Pemuda, Wanita dan Puteri pula akan membuat pencalonan bagi jawatan utama pergerakan masing-masing di peringkat pusat.
Sekurang-kurangnya dua bahagian - Machang di Kelantan dan Kimanis di Sabah - akan bermesyuarat esok.
Manakala pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri bagi bahagian Kimanis bermesyuarat hari ini. Manakala Pemuda, Wanita dan Puteri di bahagian Besut dan Tumpat akan bermesyuarat esok.
Bahagian Besut pula akan bermesyuarat Sabtu ini manakala bahagian Padang Terap dan Tumpat - yang pada mulanya dijadualkan bermesyuarat esok - telah menundanya ke tarikh lain.
Mesyuarat bagi bahagian Padang Terap diubah kepada 18 Oktober manakala bahagian Tumpat belum lagi menetapkan tarikh baru.
Berikut adalah tarikh mesyuarat bagi 126 daripada 191 yang dapat disahkan oleh Malaysiakini. Sekurang-kurang 26 bahagian lagi akan mengadakan mesyuarat masing-masing pada hari Ahad ini, iaitu dua di Selangor, Johor (6), Sabah (5), Pulau Pinang (2), Perak (5), Negeri Sembilan (3) dan masing-masing satu di Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WP) dan Pahang.
Dua bahagian di Selangor akan bermesyuarat Ahad ini ialah Shah Alam dan Subang), Johor (Pagoh, Pontian, Mersing, Pasir Gudang, Batu Pahat dan Rompin), Sabah (Labuan, Semporna, Silam, Kalabakan dan Kota Kota Kinabalu).
Lima bahagian di Perak pula ialah Bagan Serai, Parit Buntar, Taiping, Beruas dan Kampar; Pulau Pinang (Tasik Gelugor dan Bukit Gelugor ), Negeri Sembilan (Rasah, Jempol dan Jelebu), Wilayah Persekutuan (Cheras), Melaka (Kota Melaka) dan Pahang (Kuantan).
Manakala sekurang-kurangnya 37 bahagian lagi akan bermesyuarat sepanjang minggu depan. Sehingga ini, bahagian Sepang di Selangor disahkan akan bermesyuarat pada 15 Oktober ini.
Manakala bahagian Petaling Jaya Selatan, juga di Selangor, akan bermesyuarat pada 17 Oktober.
Pada 18 Oktober pula, 11 bahagian akan bermesyuarat iaitu dua di Terengganu (Kemaman dan Kuala Terengganu), tiga di Johor (Batu Pahat, Tebrau dan Gelang Patah), tiga di Kedah (Pokok Sena, Padang Terap dan Merbok).
Yang lainnya ialah masing-masing satu bahagian di Selangor (Gombak), Perak (Padang Rengas) dan Pahang (Raub).
Manakala 23 bahagian akan bermesyuarat pada 19 Oktober ini. Bahagian-bahagian tersebut ialah:
Empat bahagian di Selangor, Johor (4) dan Melaka (4), Perak (3), WP (5), Pulau Pinang (2) dan Negeri Sembilan (1).
Bahagian di Selangor itu ialah Kuala Langat, Kuala Selangor, Ampang dan Selayang.
Empat bahagian di Johor pula ialah Kulai, Tanjung Piai, Bakri, Ledang. Manakala di Melaka ialah Alor Gajah, Masjid Tanah, Bukit Katil dan Paya Besar.
Tiga bahagian di Perak (Tambun, Sungai Siput dan Lenggong) manakala lima bahagian di Wilayah Persekutuan ialah Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Segambut, Titiwangsa dan Kepong.
Dua bahagian di Pulau Pinang ialah Nibong Tebal dan Bagan manakala di Negeri Sembilan ialah bahagian Teluk Kemang.
Pada minggu ketiga pula, sebanyak 12 bahagian telah mengesahkan akan bermesyuarat pada 25 Oktober.
Bahagian-bahagian berkenaan ialah Hulu Terengganu, Dungun, Labis, Setiawangsa, Sik, Tanjong, Seputeh, Simpang Renggam, Tangga Batu, Jasin, Marang dan Setiu.
Pada keesokannya pula (26 Oktober), 16 lagi bahagian akan bermesyuarat, iaitu Sabak Bernam, PJ Utara, Serdang, Johor Bahru, Pulai, Sri Gading ,Kluang, Gopeng, Rembau, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Jelutong, Parit Sulong, Sembrong, Indera Mahkota dan Hulu Langat.
Pada minggu berikutnya pula, tiga bahagian - Gua Musang, Kuala Krau dan Jerantut - akan bermesyurat pada 1 November.
Sejumlah 16 bahagian lagi akan bermesyuarat pada 2 November, iaitu Puchong, Segamat, Kuala Pilah, Pekan, Batu Kawan, Bayan Baru, Balik Pulau, Sekijang, Muar, Air Hitam, Cameron Highlands, Kapar, Hulu Selangor, Kota Raja, Pandan dan Kelang.
Pada minggu akhir pula, lima bahagian disahkan akan bermesyuarat pada 8 November, iaitu Sungai Besar, Maran, Lembah Pantai, Wangsa Maju dan Tanjong Karang.
Manakala pada hari akhir mesyuarat, tujuh lagi bahagian akan bermesyuarat iaitu Kelana Jaya, Pengerang, Bukit Bendera, Tenggara, Kota Tinggi, Temerloh dan Kepala Batas.
