Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris berkata, semua calon yang bertanding dalam pilihanraya kampus UM hari ini sepatutnya merujuk kepada senarai calon muktamad yang dikeluarkan oleh bahagian tersebut.

dr azarae idris Beliau menjelaskan, selepas selesai proses penamaan calon, HEP akan mengeluarkan senarai nama calon.

"Lepas itu, HEP akan mengeluarkan senarai calon yang kedua dan ia adalah senarai yang muktamad," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, katanya, beliau difahamkan, kumpulan pro-Mahasis

wa telah menggunakan senarai calon pertama sebagai rujukan mereka untuk berkempen.

Oleh itu, katanya, senarai muktamad itu memang tidak sama dengan senarai awal yang digunakan oleh calon-calon pro-Mahasiswa.

Beliau diminta mengulas kenyataan kumpulan tersebut yang mendakwa HEP telah mengubah nombor dua calon mereka dalam senarai pengundian, dalam pemilihan kampus hari ini, tanpa pengetahuan mereka.

Seorang daripadanya adalah Shah Rizul Ayuni Zulkiply yang sebelum ini membuat laporan polis, mendakwa dia cuba disogok supaya bertanding bagi pihak universiti dalam pilihanraya kampus hari ini.

Nafi sabotaj

Pilihanraya kampus UM hari ini mempertandingkan 41 kerusi - sembilan kerusi umum dan 32 kerusi fakulti.

Dalam pemilihan sesi lalu, pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di universiti berkenaan.

Dr Azarae menjelaskan bahawa proses pengundian juga tidak dibuat mengikut nombor kedudukan calon.

Sebaliknya, kata beliau, pengundian dibuat mengikut nama calon pada kertas pengundian sama ada bagi calon umum ataupun calon fakulti.

"Kita nak undi nama calon, bukan nak ikut nombor," katanya lagi.

Sehubungan itu, Dr Azarae menafikan berlaku sebarang sabotaj oleh pihak HEP terhadap calon-calon terbabit.

Ditanya mengenai borang 8 pula, beliau berkata ia adalah untuk wakil calon dan bukannya untuk calon.

ADS