Arkib - 24 Januari 2013

Polis: Lelaki mati mengejut dalam kejadian amuk

Polis: Lelaki mati mengejut dalam kejadian amuk

Polis mengklafikasikan kematian seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental dan merosakkan harta benda awam dekat Kajang semalam, sebagai mati mengejut dan tiada kena mengena dengan tindakan polis ketika menahannya.
Polis bongkar sindiket jual bayi, kanak-kanak

Polis bongkar sindiket jual bayi, kanak-kanak

Mereka yang ditahan dalam operasi hasil risikan dan maklumat awam sejak awal Disember hingga minggu ini, berusia antara 23 dan 52 tahun, dan antaranya ialah penjawat awam di Jabatan Pendaftaran Negara serta doktor pusat perubatan swasta.
Noh: Tindakan beku Capex Syabas tak munasabah

Noh: Tindakan beku Capex Syabas tak munasabah

"Rakyat perlu menilai sendiri sikap kerajaan pakatan pembangkang ini yang ambil tindakan tidak munasabah bekukan Capex dan salahkan Syabas," kata timbalan pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Peguam: Polis kawal rapi bedah siasat Sugumar

Peguam: Polis kawal rapi bedah siasat Sugumar

dikemaskini 9.55pm Sekumpulan polis mengawal ketat kawasan rumah mayat Hospital Serdang hari ini ketika bedah siasat dijalankan ke atas seorang lelaki yang ditemui mati dalam keadaan bergari pada malam semalam.
Polis: Jangan percaya khabar angin acara bakar Bible

Polis: Jangan percaya khabar angin acara bakar Bible

Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini.
Bekas ketua bahagian: Apartmen untuk kepentingan awam

Bekas ketua bahagian: Apartmen untuk kepentingan awam

Bekas ketua Umno Kota Raja Datuk Amzah Umar menjelaskan wujud salah laku dalam perolehan tanah di Seksyen 25, Shah Alam dan mendakawa apartmen kos sederhana berkenaan adalah untuk kepentingan awam.
MB: S'gor batal projek kondo Batu Caves

MB: S'gor batal projek kondo Batu Caves

dikemaskini Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar penjelasan jabatan perancang bandar dan desa mengenai status pembinaan struktur dan bangunan Dolomite Park Avenue.
KJ: Nasruddin iri hati PM disambut warga Palestin

KJ: Nasruddin iri hati PM disambut warga Palestin

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata rakan sejawatannya dalam PAS, Nasrudin Hassan tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat negara itu.
ADUN dakwa Umno guna PBT untuk dapat tanah murah

ADUN dakwa Umno guna PBT untuk dapat tanah murah

Kerajaan negeri Selangor hari ini mendedahkan satu lagi dakwaan skandal tanah murah melibatkan Umno, dengan dakwaan bahawa parti berkenaan menggunakan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mempercepatkan kelulusan tanah.
Ahmad Maslan: ANAK cuba masuk Felda sebelum masa kempen

Ahmad Maslan: ANAK cuba masuk Felda sebelum masa kempen

dikemaskini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun memberi jaminan bahawa semua pihak akan dibenarkan masuk ke kawasan tanah rancangan Felda sewaktu tempoh kempen pilihan raya umum.
Kajian UM: Isu air tak banyak jejas Pakatan

Kajian UM: Isu air tak banyak jejas Pakatan

Pengarah UMCEDEL Prof Mohd Redzuan Othman berkata tinjauan yang dijalankan menunjukkan capaian Internet membolehkan penyebaran maklumat lebih baik terutama mengenai masalah bekalan air di Lembah Klang.
Ahmad Maslan dakwa fitnah pengaruhi harga saham FGV

Ahmad Maslan dakwa fitnah pengaruhi harga saham FGV

dikemaskini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ketidaktentuan harga saham Felda Global Venture (FGV) sedikit sebanyak berpunca daripada fitnah yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat.
MTUC: MCA jadi jurucakap golongan kaya

MTUC: MCA jadi jurucakap golongan kaya

MTUC menggesa kerajaan agar tidak berganjak daripada pelaksanaan dasar gaji minimum walau dengan kata dua yang dikeluarkan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada menteri sumber manusia Datuk Seri S Subramaniam.
Semua mangsa banjir di Rompin dibenarkan pulang

Semua mangsa banjir di Rompin dibenarkan pulang

Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing jam 10.30 pagi setelah semua pusat pemindahan ditutup.

Umno beri amaran pada jentera Pasir Gudang

Umno beri amaran pada jentera Pasir Gudang

dikemaskini 2.55pm Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan memberi amaran kepada pemimpin akar umbi di Pasir Gudang yang didakwa menutup bilik gerakan masing-masing dengan alasan kecewa dengan tindakan menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman.
Najib jawab dakwaan presiden Palestin

Najib jawab dakwaan presiden Palestin

Ditanya mengenai dakwaan Presiden Palestin Mahmoud Abbas tidak senang hati dengan lawatan beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata mungkin ada salah faham tetapi beliau telah menjelaskan kepada wakil Fatah bahawa isu terkini Palestin ialah mengenai penderitaan rakyat di Gaza bukannya Tebing Barat.
Jepun salur lebih RM670,000 untuk NGO M'sia

Jepun salur lebih RM670,000 untuk NGO M'sia

Kerajaan Jepun memperuntuk bantuan geran berjumlah RM677,361 kepada tiga buah badan bukan kerajaan (NGO) menerusi Bantuan Geran Jepun untuk Projek Keselamatan Manusia Akar Umbi (GGP) 2013.
Janin lima bulan ditemui dalam longkang

Janin lima bulan ditemui dalam longkang

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata janin tersebut ditemui oleh seorang pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira pukul 1.14 tengah hari semalam.
Najib tiba di Switzerland untuk sertai WEF

Najib tiba di Switzerland untuk sertai WEF

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini pada Rabu dari Kaherah untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang diadakan Davos, bandar peranginan ski.
MB: S'gor elak belanja sia-sia SYABAS

MB: S'gor elak belanja sia-sia SYABAS

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri membekukan perbelanjaan modal (Capex) Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk mengelakkan pengguna terbeban dengan perbelanjaan sia-sia oleh syarikat tersebut.