
Hanya 16% pengundi Cina kata M'sia di landasan betul
Hanya 16 peratus pengundi Cina yang dikajiselidik oleh Merdeka Centre mengatakan negara ini menuju ke arah yang betul - yang terendah sejak Mei 2009.


"Tujuan saya ke sini bukanlah untuk berkempen, saya ke sini untuk melihat kesusahan penghuni flat Sri Melaka ini. Walau apa pun ideologi politik kita, rakyat seharusnya dapat bantuan terutamanya bantuan yang kita perlukan sebagai manusia seperti bekalan air dan elektrik," kata Rosmah dalam ucapan ringkasnya.

Tidak sampai 24 jam menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan di Stadium Merdeka esok, penduduk Lembah Klang dibanjiri SMS yang menjemput mereka ke satu lagi 'Himpunan Rakyat'.

Seorang pemilik bengkel membaiki motosikal yang bengkelnya diroboh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dua tahun lepas, hari ini menyerahkan 'hadiah' berbentuk replika jentolak dan kek kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng sempena ulang tahun kedua kejadian itu berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana PAS yang mengeluarkan amanat itu dan mereka perlu dipertanggungjawabkan terhadap kemelut yang timbul akibat perbuatan berkenaan.

Saksi-saksi kemalangan jalan raya yang membabitkan 10 kenderaan dan mengakibatkan 15 orang cedera di Ayer Tawar, Perak petang ini mendakwa ia disebabkan oleh kereta peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cuba memintas sebuah lori.


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata laporan awal terhadap pembantu khasnya yang ditahan SPRM berhubung dakwaan rasuah untuk menutup kes gangguan seksual yang melibatkan seorang penjawat awam, "tidak membuktikan apa-apa".

Kira-kira 200 umat Islam termasuk beberapa NGO di negeri Selangor hari ini berhimpun di Masjid Shah Alam bagi membantah penggunaan kalimah Allah dalam bible bahasa Melayu.

Beberapa universiti awam telah mengeluarkan notis tidak menggalakkan pelajar mereka menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur esok.

Pengerusi biro pelaburan dan perdagangan PKR, Wong Chen berkata ini kerana dana pencen tersebut telah membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) walaupun penganalisis pasaran secara amnya tidak mengesyorkannya sejak 9 Ogos tahun lepas.

Empat anggota polis hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya supaya membela diri atas tuduhan mencederakan seorang ahli perniagaan dua tahun lalu.

Ibu bapa yang membawa anak menyertai perhimpunan yang dianjur pembangkang esok boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, kata Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan, Datuk Noraini Mohd Hashim

Zainal Abidin Saad berkata, beliau ataupun TKM 1 tidak terlibat dalam dakwaan rasuah untuk menutup kes gangguan seksual di Pulau Pinang.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kerana Pakatan Rakyat sudahpun membuat persiapan di Stadium Merdeka, maka adalah mustahil untuk menukar tempat pada saat-saat akhir.

Beberapa sekolah di Johor telah diminta menjemput pemimpin BN untuk mengedarkan bantuan wang tunai RM100 kepada pelajar serta menaikkan kain rentang untuk majlis berkenaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Ditanya jika beliau sering menghadiri ceramah PKR, Abu Bakar dengan senyuman terukir di bibir menjelaskan beliau "sering hadir ke ceramah-ceramah politik".

Bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan mereka tanpa menerima pencen, bakal menerima imbuhan bulanan sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

KOLUM
'Disebabkan kegagalan memahami asas-asas ini dengan baik, maka sentimen agama yang kadangkala tidak tepat dimainkan. Apatah lagi ada pihak yang menangguk di air keruh mengambil kesempatan politik pilihanraya.'


Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) membuat laporan polis semalam bagi menentang penganjuran perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat esok.

