
Mahkamah Persekutuan: Kerusi Kota Siputeh tak kosong
Mahkamah Persekutuan putuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (dun) Kota Siputeh di Kedah tidak kosong kerana ADUNnya, Datuk Abu Hasan Sarif daripada BN, bukan gagal hadiri dua persidangan DUN Kedah pada 2009, secara berturut-turut.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih melakukan kajian mengenai pemberian permit teksi individu dan menyemak semula kadar pajakan (sewa beli) teksi untuk diseragamkan pada masa depan, kata Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar.
Duta Khas ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu berkata kuil yang dinamakan Sri Lalithambikai Alayam itu menggabungkan ciri dari utara dan selatan India serta mampu menampung sehingga 10,000 orang ketika perayaan.
Pengerusi NGO Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa pihak yang mendakwa beliau menggelapkan wang peneroka berjumlah jutaan ringgit.
Pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menafikan dakwaan bahawa beliau akan bersemuka dengan pelajar Universiti Utara Malaysia KS Bawani dalam forum.
Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata BN Pulau Pinang yakin calon yang disenarai pendek itu mampu menang namun perdana menteri yang juga pengerusi BN akan membuat keputusan muktamad mengenai pemilihan calon.
Papan tanda berkenaan – yang dipasang ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin – merupakan tindakan simbolik bagi menyatakan komitmen mereka untuk menghalang urusniaga tanah kontroversi melibatkan Ketua Wanita Umno Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.
dikemaskini
Saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) merekodkan harga paling rendah di paras RM4.36 hari ini, jauh di bawah harga tawarannya, ketika kemelesetan Indeks Komposit Kuala Lumpur paling besar dalam tempoh 16 bulan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata pelaku juga kononnya bertindak 'bijak' apabila tidak menyasarkan kenderaan milik pihak yang bertelingkah dengan mereka.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.
Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta semua pihak memberi ruang kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menjalankan tugas menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah sebelum membuat penilaian.
dikemaskini
Menurut Ketua AMK Selangor, Azmizam Zamanhuri berkata, risalah dan buku yang dicetak tanpa nama penerbit itu dikesan diedarkan ke rumah di kawasan Taman Sri Andalas, Klang.
Bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang dituduh menipu kerajaan berhubung pembelian tanah untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kecewa dengan pendakwaan yang didakwanya "lari dari kebenaran".
Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata janji itu termasuk pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, yang bakal dimasukkan dalam manifesto BN pada pilihan raya umum ke-13, menunjukkan Perdana Menteri prihatin akan nasib penduduk Kelantan.
"Saya bukan hero. Saya menyuarakan pandangan saya, dan jangan pandang saya di langit. Saya mahu bersama rakyat di bawah. Saya tak takut, saya tak buat salah. (Saya) berani kerana benar," kata siswi UUM KS Bawani.
"Taktik licik ini berjaya membiakkan tindakan yang amat kejam – mengutuk, membenci, sungguh kejam dengan memalukan dan mengejek seorang wanita yang tidak bersalah," kata presiden NGO Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.