
Isu kalimah Allah tak seharus timbul, kata bekas CJ
Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya tidak timbul kerana ia telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang menetapkan penggunaannya hanya untuk orang Islam sahaja, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat tempahan dakwat kekal yang akan digunakan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan bertemu dengan Deepak Jaikishan pada 6 Februari bagi membincangkan mengenai hasrat ahli perniagaan itu untuk mendapatkan jaminan imuniti daripada tindakan undang-undang berhubung pendedahannya.
Seorang warga India memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang di Sabah hari ini bahawa dia mendapat kad pengenalan biru dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tanpa memberi sebarang dokumen sokongan.
"Kalau selepas Chap Goh Meh ini, perdana menteri tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang melakukan perkara ini (bubarkan DUN)," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Kumpulan aktivis alam sekitar, Himpunan Hijau mengumumkan penyertaan mereka secara rasmi dalam arena politik dan berkempen untuk menumbangkan BN di enam kerusi Parlimen di Pahang yang dinamakannya 'Serambi Hijau Pahang' dalam pilihan raya umum akan datang.
Menteri besar berkata kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.
dikemaskini 7.25pm
Kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu juga menunjukkan Malaysiakini merupakan portal berita paling popular dan paling kerap dilayari mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
dikemaskini
Satu tinjauan ahli akademik ke atas 3,000 mahasiswa di tiga universiti awam menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih popular berbanding ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat lain.
Polis telah mengeluarkan gambar 14 orang yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan pada 12 Januari lalu.
Jumlah berkenaan lebih besar daripada bilangan siswa yang memilih BN, walau majoriti daripadanya menujukkan sikap pengundi atas pagar, menurut kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan notis dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada dua peguam - Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar - berhubung penyiasatan kes melibatkan National Feedlot Corporation (NFC).
Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah hari ini diberitahu mengenai keadaan pelarian Filipina yang hidup dalam kemiskinan di negeri ini, tetapi terdapat pula rumah yang ada 'Astro'.
Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan (kanan) berkata parti itu telah memaklumkan secara lisan kepada Pakatan mengenai keputusannya itu Jun lalu, dan disusuli dengan permohonan rasmi tiga bulan kemudiannya.
dikemaskini
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.
Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.