Arkib - 9 Januari 2013

Syarat guna Stadium Merdeka tidak lebihi 30,000

Syarat guna Stadium Merdeka tidak lebihi 30,000

Merdeka Heritage Trust berkata syarat itu mengambil kira kapasiti stadium tersebut bagi memastikan struktur dan harta benda Stadium Merdeka yang diwartakan sebagai hartanah warisan kebangsaan sentiasa dijaga dan dipelihara.
Majlis gereja berkeras guna kalimah Allah

Majlis gereja berkeras guna kalimah Allah

Majlis Gereja Malaysia (CCM) mengumumkan bahawa kesemua gereja akan menggunakan kalimah Allah walau Sultan Selangor mengeluarkan titah yang menghalang golongan bukan Islam daripada menggunakannya.
JMM dakwa penulis blog dibayar tulis artikel Najib

JMM dakwa penulis blog dibayar tulis artikel Najib

Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini membuat laporan kepada SPRM mendakwa penulis blog Sarawak Report dibayar untuk menulis artikel kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami strok ringan pada 5 Januari lepas.
Penduduk Pantai Sabak cemas dilanda angin kencang

Penduduk Pantai Sabak cemas dilanda angin kencang

Sehubungan itu, kira-kira 500 murid, guru serta kakitangan Sekolah Kebangsaan Sabak dengan diketuai Guru Besar Ahmad Shahir Mohd Hassan mengadakan solat hajat dan membaca Yasin di dewan sekolah agar dihindari dari fenomena alam itu.
Aktivis 12 Jan dakwa terima 'SMS ugutan'

Aktivis 12 Jan dakwa terima 'SMS ugutan'

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah NGO yang menyokong Himpunan Kebangkitan Rakyat, mendakwa telah menerima SMS berunsur ugutan menjelang perhimpunan itu Sabtu ini.
Mat Sabu: Tiada perarakan untuk himpunan 12 Jan

Mat Sabu: Tiada perarakan untuk himpunan 12 Jan

Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu berkata penganjur penganjur juga akan menghantar wakil untuk bertemu ketua polis daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad esok bagi menyelaras kerjasama berhubung perhimpunan tersebut.
Menteri: Tiada paksaan untuk pas liputan himpunan

Menteri: Tiada paksaan untuk pas liputan himpunan

Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata polis tidak akan memaksa sekiranya agensi media enggan mendaftar untuk mendapatkan pas khas daripada pasukan berkenaan bagi membuat liputan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini.
Empat keluarga Pengerang mohon semakan kehakiman

Empat keluarga Pengerang mohon semakan kehakiman

Empat keluarga dari Pengerang, Johor, telah memohon semakan kehakiman dalam usaha untuk menghentikan pengambilalihan tanah mereka bagi projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (Rapid).
SYABAS diminta selesai segera masalah air

SYABAS diminta selesai segera masalah air

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini meminta Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)menyelesaikan segera krisis bekalan air sekitar Lembah Klang kerana ia (air) adalah keperluan harian penduduk setempat.
Arahan gari di bahagian belakang elak OKT lari

Arahan gari di bahagian belakang elak OKT lari

Polis Selangor mengarahkan supaya suspek atau orang kena tuduh (OKT) digari di bahagian belakang bagi mengelak mereka melarikan diri semasa dibawa ke sesuatu tempat seperti mahkamah.
Rafizi sangsi laporan dakwa ICAC gugur siasatan

Rafizi sangsi laporan dakwa ICAC gugur siasatan

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mempertikaikan satu laporan New Straits Times hari ini bahawa Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong mengugurkan siasatan rasuah didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Isu kalimah Allah: S'gor akur titah sultan, kata MB

Isu kalimah Allah: S'gor akur titah sultan, kata MB

dikemaskini 5.20pm Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akur dengan titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri itu.
Mat Sabu: Pengurusan benar guna Stadium Merdeka

Mat Sabu: Pengurusan benar guna Stadium Merdeka

dikemaskini 7.05pm Pengerusi penganjur himpunan itu Mohamad Sabu berkata pihaknya menerima surat keizinan bagi menggunakan Stadium Merdeka pada kira-kira jam 2.30 petang tadi.
MB: Krisis air wajarkan S'gor tamatkan segera konsesi SYABAS

MB: Krisis air wajarkan S'gor tamatkan segera konsesi SYABAS

Kerajaan Selangor berpendapat gangguan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mewajarkan perjanjian konsesi air dengan SYABAS ditamatkan segera dan kerajaan negeri dibenar campurtangan dalam operasi air.
PKR jelajah kem tentera beri taklimat Boustead-LTAT

PKR jelajah kem tentera beri taklimat Boustead-LTAT

Mulai esok, PKR akan memulakan jelajah ke kem tentera utama di negara ini untuk menjelaskan kontroversi Boustead-Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada anggota tentera.
Polis: Kami sedang tunggu inkues kematian Nagarajan

Polis: Kami sedang tunggu inkues kematian Nagarajan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata syor untuk mengadakan inkues terhadap k ematian K Nagarajan kini di tangan timbalan pendakwa raya dan majistret.
Puad kata tak takut ugutan saman DAP

Puad kata tak takut ugutan saman DAP

Anggota majlis tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi mencabar DAP mengemukakan saman ke atasnya berhubung dakwaan bahawa parti itu akan mencetak dan mengedarkan 100,000 naskhah Injil dalam bahasa Malaysia yang menggunakan kalimah Allah.
Perkhidmatan komuter ditamat lebih awal

Perkhidmatan komuter ditamat lebih awal

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata pembatalan tren terakhir mulai Sabtu ini bertujuan mempercepat dan menggiatkan penyiapan kerja baik pulih landasan dari jam 12 tengah malam hingga 5 pagi setiap hari di beberapa lokasi di rangkaian komuter.
BN P Pinang mahu LGE perjelas Bajet defisit

BN P Pinang mahu LGE perjelas Bajet defisit

NONE Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng memberikan penjelasan mengenai belanjawan negeri yang terus mencatatkan defisit tinggi.
'Mindef patut gugurkan Awan Megah, tuntut bon tanah'

'Mindef patut gugurkan Awan Megah, tuntut bon tanah'

PKR mempersoalkan mengapa Awan Megah Sdn Bhd yang dimiliki ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah tidak digugurkan sebagai pemaju Puspahanas dan didenda kerana kelewatan projek tersebut.
Keahlian Isa Samad dalam KPF batal dan tidak sah

Keahlian Isa Samad dalam KPF batal dan tidak sah

NONE Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Aktivis mahu turunkan kain rentang misteri

Aktivis mahu turunkan kain rentang misteri

dikemaskini Kain rentang berkenaan dikesan menunjukkan slogan yang menggesa orang ramai menukar bendera Malaysia dan dengan bendera yang serupa dengan Bendera Rakyat.
Puad ulangi amaran keras kontraktor gagal siap projek sekolah

Puad ulangi amaran keras kontraktor gagal siap projek sekolah

NONE Timbalan menteri pelajaran itu berkata kementerian telah menyenarai hitam sebuah syarikat kontraktor berpusat di Sarawak dan sebuah lagi akan disenarai hitam tidak lama lagi.
Peguam: Muhyiddin 'bohong terang-terangan'

Peguam: Muhyiddin 'bohong terang-terangan'

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnnya mendakwa timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat "pembohongan terang-terangan" apabila mengaitkan Himpunan Kebangkitan Rakyat pada hari Sabtu ini dengan kes mahkamah yang dihadapinya.
PKR dakwa tangkapan SPRM cubaan cemar pejabat TKM

PKR dakwa tangkapan SPRM cubaan cemar pejabat TKM

PKR Pulau Pinang mengecam penangkapan pembantu Timbalan Ketua Menteri (TKM), Datuk Mansor Othman berhubung dakwaan rasuah sebagai satu percubaan untuk merosakkan reputasi dan kredibiliti pejabat.
'Malaysiakini tidak berminat dengan pas akhbar polis'

'Malaysiakini tidak berminat dengan pas akhbar polis'

"Pihak polis sepatutnya menawarkan perlindungan kepada semua orang, muktamad," kata Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar yang menolak permintaan pihak polis supaya ia mengemukakan senarai nama wartawan yang akan membuat liputan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini.