
Polis nafi guna kekerasan ke atas Chang
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata Chang Chin Te ditahan 10 Januari lalu bersama tiga rakannya kerana disyaki anggota geng samun bersenjata api, ditemui tertiarap dan mulutnya berbuih semasa pemeriksaan polis pada 14 Januari.
Satu kenyataan yang dikeluarkan Bank Islam lewat petang ini juga menyebut, tindakan pengantungan tugas berkenaan "tidak ada kaitan dengan tindakan menyuarakan pandangan politik peribadinya".
Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata perjumpaan tertutup telah diadakan membabitkan lima bahagian BN iaitu Ampang, Pandan, Hulu Langat, Serdang dan Puchong baru-baru ini bagi tujuan berkenaan.
dikemaskini
Pelakon dan personaliti radio, Patrick Teoh, akhirnya terpaksa memohon maaf atas keterlanjuran dalam tulisannya yang mengkritik pentadbiran PAS Kedah sehingga menimbulkan kemarahan pengguna media sosial.
Guru tersebut Shahriah Omar berkata beliau memfailkan saman berkenaan hari ini ke atas JAIS, MAIS dan Pejabat Agama Daerah Sepang yang enggan meminta maaf dan membayar gantirugi kepadanya atas tuduhan tersebut.
Biro pendidikan Pemuda MCA dan Gerakan turut tampil mengecam layanan penalis Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin terhadap pelajar undang-undang, KS Bawani dalam sebuah forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Disember lalu.
Mohd Razlan Mokhtar, 25, berasal dari Kuala Berang meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi ini selepas hampir 13 jam dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah melecur hampir 90 peratus anggota badan.
Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap tiga pemimpin parti Pakatan Rakyat itu berhubung cadangan menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.
Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Seri Mohd Zin berkata soalan berhubung iklan BN yang dikesan dipasang dalam tren komuter sepatut diajukan kepada presidennya, Datuk Elias Kadir.
Pengarah komunikasi PKR itu berkata kira-kira 70 belia memakai baju-T BN dan Umno kemeja-T serta membawa bendera BN dua kali menghalangnya memasuki tempat ceramah di Taman Sri Stulang pada kira-kira jam 8 malam tadi.
dikemaskini
Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memberi keterangan berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa polis dan peguam negara supaya melihat realiti demokrasi semasa dan tidak memburu peserta perhimpunan yang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu lalu.
dikemaskini 4.19pm
Tabung Haji ketika dihubungi bagaimanapun berkata lembaga berkenaan tiada kena mengena dengan isu penggantungan tugas ketua ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
Universiti Utara Malaysia (UUM) menjelaskan bahawa ia hanya menyediakan dewan untuk forum melibatkan konfrontasi antara pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan pelajar jurusan undang-undang KS Bawani.
dikemaskini 3pm
Pengerusi penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu dengan menyindir berkata himpunan pada 12 Januari lalu sememangnya bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.
Walaupun dari NGO yang berkaitan dengan PSM, namun sokongan turut diterima KS Bawani dari parti BN. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjauhkan parti pemerintah itu dari Sharifah. Datuk Saifuddin Abdullah pula berkata Sharifah tidak sepatutnya bercakap begitu kepada pelajar tersebut.
Kurang menggunakan alternatif lain berbanding hukuman penjara dan skim banduan prabebas telah menjadikan penjara di Malaysia sesak.
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa bangunan lima tingkat yang menempatkan ibu pejabat Parti Progresif Penduduk (PPP) di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur akan terus menjadi sebahagian aset milik parti itu.
mengulas klip video 24 minit yang menunjukkan pertikaman lidah antara anggota panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia KS Bawani, yang menjadi topik hangat perbincangan dalam forum Internet dan Facebook.
Kementerian Kewangan berkata dakwaan kononnya kerajaan menerima pampasan RM207 bilion dari kerajaan Jepun untuk rakyat Malaysia yang menjadi buruh paksa bina kereta api Siam ke Burma semasa Perang Dunia Kedua, adalah palsu.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana diramal berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor selama tiga hari bermula Jumaat ini, yang boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan rendah.