Arkib - 8 November 2013

Bayi warga Britain dilarikan di depan rumahnya

Bayi warga Britain dilarikan di depan rumahnya

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa dikenali sebagai Freddie Joseph dipercayai dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka.
Tragedi Genting: Bas dipandu melebihi had laju - Hisham

Tragedi Genting: Bas dipandu melebihi had laju - Hisham

Rumusan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati nahas di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur pada 21 Ogos lepas, yang mengorbankan 37 nyawa manakala 16 lagi cedera, berpunca daripada beberapa faktor antaranya dipandu laju ketika menuruni kawasan berbukit.
ADUN Matunggong letak jawatan dalam PKR

ADUN Matunggong letak jawatan dalam PKR

Naib Pengerusi PKR Sabah, Jelani Hamdan telah meletak jawatan atas alasan beliau tidak dapat bekerjasama dengan ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin.
Siling kedai runtuh, empat cedera

Siling kedai runtuh, empat cedera

Ketika kejadian di kedai itu yang teletak berhampiran Pasar Borong Selangor di Serdang, 11 pekerja kedai berkenaan dikatakan sedang memunggah dan mengemas barangan runcit di bahagian tersebut sebelum runtuhan itu berlaku.
Persatuan wartawan dakwa S'wak Report 'tak cakap benar'

Persatuan wartawan dakwa S'wak Report 'tak cakap benar'

Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) dan Persatuan Wartawan Komanwel (CJA) cawangan Sarawak menuduh portal berita Sarawak Report mengamalkan kewartawanan murahan kerana didakwa memutar belit fakta tentang lawatan wartawan dari Kuching dan Bintulu ke projek empangan hidroelektrik (HEP) Murum minggu lepas.
Mohan mahu tanding naib presiden MIC

Mohan mahu tanding naib presiden MIC

Dengan itu lapan orang telah mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding merebut tiga jawatan naib presiden parti komponen BN itu pada 30 November ini.
K'jaan tidak fail rayuan terhadap pembebasan Ling

K'jaan tidak fail rayuan terhadap pembebasan Ling

Jabatan Peguam Negara mengesahkan ia tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam kes penipuan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Mahkamah tolak saman peguam terhadap Malay Mail

Mahkamah tolak saman peguam terhadap Malay Mail

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman difailkan seorang peguam terhadap Malay Mail Sdn Bhd dan bekas wartawannya berhubung sebuah artikel berkaitan perbicaraan kes di mahkamah.
Hujah GST Idris tak selari dengan standard dunia

Hujah GST Idris tak selari dengan standard dunia

Hujah Idris Jala bahawa orang kaya akan membayar lebih GST tidak sepadan dengan standard ukuran percukaian antarabangsa, menurut sebuah badan pemikir.
TI-M: Kuasa SPRM dakwa, pendirian k'jaan tiada asas

TI-M: Kuasa SPRM dakwa, pendirian k'jaan tiada asas

Tidak ada sebab untuk mempercayai akan ada unsur-unsur penyalahgunaan jika SPRM diberi kuasa untuk mendakwa, kata badan pemantau anti-rasuah, Transparency International-Malaysia (TI-M).
Berjuang melalui kartun maraton tak berpenghujung

Berjuang melalui kartun maraton tak berpenghujung

NONEULASAN ini adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial kartunis! Berjuang melalui kartun ialah maraton tak berpenghujung.
Legasi baru untuk Pemuda PAS?

Legasi baru untuk Pemuda PAS?

NONEANALISIS Mahu tidak mahu, Pemuda dan penyokong Pemuda PAS di seluruh negara bakal mendapat ketua dan timbalan yang baru dalam pemilihan dewan itu kali ini.
NGO lapor polis lelaki didakwa hina Sultan Johor

NGO lapor polis lelaki didakwa hina Sultan Johor

Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Johor membuat laporan polis berhubung kenyataan yang didakwa menghina Sultan Johor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh seorang lelaki dalam laman sosial Facebook.
Pesara 'keturunan diraja Perak' cari kaum kerabat

Pesara 'keturunan diraja Perak' cari kaum kerabat

NONEvideo icon smallTengku Amran Tengku Muhammad Shah dikatakan cucu kepada Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (memerintah dari 1916-1918).

Polis siasat 5 syarikat kawalan keselamatan

Polis siasat 5 syarikat kawalan keselamatan

Sekurang-kurangnya lima syarikat kawalan keselamatan kini disiasat kerana dipercayai melanggar syarat lesen termasuk berkaitan pengurusan senjatapi dan menurut ketua polis negara syarikat yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sedia ada.
Sultan Johor tarik balik gelaran 'Datuk' bekas pengarah Upen Johor

Sultan Johor tarik balik gelaran 'Datuk' bekas pengarah Upen Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail Almarhum Sultan Iskandar bertitah darjah membawa gelaran Datuk yang dikurniakan kepada bekas pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor Hamsan Saringat ditarik balik serta-merta.
Sah timbalan MB Kelantan cabar Mat Sabu

Sah timbalan MB Kelantan cabar Mat Sabu

dikemaskini 6.31pm Sah akan berlaku pertembungan satu lawan satu antara penyandang timbalan presiden Mohd Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Dengan Jantung Yang Sihat…Degupan Terus Menerus

Dengan Jantung Yang Sihat…Degupan Terus Menerus

Dengan Jantung Yang Sihat…Degupan Terus Menerus

Jantung merupakan salah satu organ manusia yang paling penting. Hari demi hari ia bekerja tanpa mengenal erti lelah untuk memberi khasiat kepada sel-sel badan. Kita cenderung bersikap sambil lewa terhadap jantung kita, yang bermakna jantung yang tidak sihat tampak seakan-akan muncul entah dari mana. Bagaimanapun penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba; ia berlaku disebabkan oleh kerosakan selama bertahun-tahun kepada arteri dan otot jantung.

Gaya Hidup Yang Tidak Sihat – Punca Utama Penyakit Jantung

Kesihatan jantung merupakan salah satu masalah kesihatan yang terbesar di seluruh dunia. Penyakit jantung tidak lagi terbatas kepada individu dengan sejarah serangan jantung yang lama dalam keluarga atau warga emas sahaja, ia sekarang juga berleluasa di kalangan golongan pertengahan usia, selain semakin kerap kelihatan di kalangan golongan muda.

Faktor pemakanan dan faktor gaya hidup memainkan peranan penting ke atas paras kolesterol darah, gula darah, tekanan darah dan berat badan yang berkaitan langsung dengan risiko penyakit kardiovaskular pada keseluruhannya. Masalah metabolik seperti hiperkolesterolemia, kencing manis atau diabetes, hipertensi dan kegemukan atau obesiti yang akhirnya membawa kepada jantung yang tidak sihat berkait rapat dengan pemakanan tidak sihat, kekurangan senaman fizikal serta tabiat yang memudaratkan kesihatan seperti merokok, pengambilan arak yang semakin meningkat dan malah penggunaan dadah yang tinggi – semua ini boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan pada keseluruhannya.

Tumpuan yang lebih kepada usaha untuk mencegah penyakit berbanding merawat simptom akan memberi banyak faedah. Mengamalkan gaya hidup sihat dan tabiat pemakanan yang baik adalah kunci kepada usaha untuk memastikan jantung bebas daripada penyakit. Gaya hidup yang aktif dan bertenaga adalah langkah pertama ke arah meningkatkan kecergasan kardiovaskular. Dengan nutrisi yang baik dan pengurusan berat badan yang berkesan, insiden serangan sakit jantung dapat dielakkan.

Khasiat Makanan Yang Akan Disukai Jantung Anda

Pakar perubatan mencadangkan pemakanan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan anti-oksidan, berserat tinggi seperti bijirin lengkap, bran, buah-buahan segar dan sayur-sayuran sebagai langkah pencegahan dan sebagai penyelesaian yang terbukti dapat mengurangkan dan memulihkan penyakit kronik, di samping senaman yang kerap dan mendapatkan tidur berkualiti.

Kata pepatah yang menyebut, “Anda adalah apa yang anda makan”. Makanan biasanya barisan pertahanan pertama untuk menentang pelbagai masalah kesihatan, dan kajian mendapati pemakanan yang merangkumi oat terutamanya berkesan untuk mencegah masalah kesihatan yang berkaitan gula darah dan kardiovaskular.

Beta-glukan oat – serat mudah larut dan polisakarida yang kuat dan boleh dijumpai dalam lapisan luar bijirin (bran oat) – sudah dibuktikan secara klinikal dapat memberikan kebaikan yang luar biasa untuk mengurangkan kolesterol, bermanfaat kepada kesihatan jantung dan juga melindungi saluran penghadaman dan memperlahankan penyerapan gula dari makanan.

Kunci Kepada Kesihatan Yang Lebih Baik

Bagi sebahagian pesakit jantung, khususnya mereka yang sedang mengalami serangan jantung, pembedahan pintasan arteri koronari atau ‘stents’ mungkin dapat menyelamatkan nyawa. Bagi pesakit lain, tidak ada terapi lain yang dapat menyasari puncanya – GAYA HIDUP.

Mulakan program pencegahan anda pada hari ini dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan menggabungkan makanan berfungsi seperti Biogrow Oat BG22™ ke dalam pemakanan harian anda. Biogrow Oat BG22™ diperbuat daripada serbuk bran oat yang diimport dari Sweden, dengan kandungan beta-glukan sebanyak 20 peratus. Tertakluk kepada teknologi pemprosesan canggih yang memastikan produk itu mengekalkan berat molekularnya yang tertinggi, pengguna Biogrow Oat BG22™ akan menikmati faedahnya yang optimum dari segi penyerapan dan kepekatan selain meningkatkan tenaga, memperbaiki kesihatan jantung dan paling penting sekali, menurunkan paras kolesterol. Katakan “Ya” kepada usaha untuk meningkatkan kesejahteraan pada hari ini dan katakan “Ya” kepada Biogrow Oat BG22™ - teman anda dalam kehidupan dan kesihatan.

Artikel ini disumbangkan oleh Summit Company (M) Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut mengenai produk, sila hubungi 03-7956 2220 atau emelkan pertanyaan anda kepada info@biogrow.com.my.

Pek Mudah Kini Di Pasaran!

Anak Hadi disebut-sebut tanding jawatan anak Nik Aziz

Anak Hadi disebut-sebut tanding jawatan anak Nik Aziz

NONEMuhammad Khalil dilihat bakal berdepan Raja Ahmad Iskandar ekoran calon-calon lain dilihat tidak berminat berentap jawatan nombor dua dalam dewan itu.
Anifah: Demokrasi bukan 'satu saiz untuk semua'

Anifah: Demokrasi bukan 'satu saiz untuk semua'

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menegaskan, demokrasi mesti dilihat dalam konteks dimensi politik, sosial dan kebudayaan serta lanskap sesebuah negara.
Denggi: 409 lokaliti dipantau, tertinggi setakat ini

Denggi: 409 lokaliti dipantau, tertinggi setakat ini

NONESeorang pemuda berusia 22 tahun meninggal dunia di Kuala Lumpur minggu lepas akibat Sindrom Kejutan Denggi, menjadikan jumlah kematian 61 orang setakat tahun ini.
Iskandar wakil tunggal ke GP Emas Korea

Iskandar wakil tunggal ke GP Emas Korea

badmintonPemain pelapis Iskandar Zulkarnain Zainuddin menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Korea di Jeonju.
Menuju sistem pendidikan untuk keperluan generasi muda

Menuju sistem pendidikan untuk keperluan generasi muda

NONEAspirasi Malaysia berhubung sistem pendidikan dapat dilihat melalui penggubalan rangka tindakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PM Thai Yingluck rayu protes jalanan dihentikan

PM Thai Yingluck rayu protes jalanan dihentikan

NONEPenarikan balik Rang Undang-Undang Pengampunan itu berlaku ketika pelabur bimbang kesan daripada gangguan dan ketidakstabilan akibat protes, terhadap ekonomi negara itu.
Insiden culik 5 Rohingya berlaku di apartmen persendirian

Insiden culik 5 Rohingya berlaku di apartmen persendirian

Berjaya Hills berkata suspek warga Myanmar yang ditahan polis berhubung kes penculikan lima lelaki senegaranya di Bukit Tinggi, Selasa lepas, bukan pekerja syarikat itu.
Meja bulat Asia sediakan platform perubahan pendidikan

Meja bulat Asia sediakan platform perubahan pendidikan

NONEMesyuarat anjuran UPSI itu menyediakan pentas dialog bermanfaat bukan saja mengenai isu, pencapaian dan cabaran semasa tetapi juga peluang masa hadapan.
Pelajar SPM hilang ikut teman lelaki

Pelajar SPM hilang ikut teman lelaki

Pelajar yang sepatutnya menduduki peperiksaan SPM mulai kelmarin menghilangkan diri sejak cuti umum Maal Hijrah pada Selasa lepas telah pulang ke rumahnya semalam.
Tuan Ibrahim tolak timbalan, tanding naib

Tuan Ibrahim tolak timbalan, tanding naib

NONEvideo icon smalldikemaskini 5.15pm Pengumuman sekali gus dilihat melegakan Mohamad Sabu yang mempertahankan jawatan timbalan presiden, sebaliknya meresahkan penyandang naib presiden sedia ada.