
Mahkamah tolak petisyen PKR di Parlimen Kota Merudu
Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu hari ini menolak dengan kos petisyen difailkan calon PKR untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 bagi kerusi Parlimen Kota Marudu yang dimenangi Barisan Nasional (BN).
Naib Presiden Umno yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya menerima 301 usul dan 28 daripadanya diterima tanpa bahas manakala tiada usul yang ditolak.
Dengan ini, ruang lingkup hukuman sedia ada di Mahkamah Syariah dapat ditingkatkan bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan tidak lagi terikat kepada '356' iaitu maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menurut laporan media, penderaan itu dikesan apabila seorang bapa merakam perbuatan wanita itu menerusi kamera yang disembunyikan di dalam beg anaknya.
MP DAP Ko Chung Sen menggesa kerajaan memperkenalkan medium pengajaran bahasa Inggeris di sekolah terpilih lain dan bukan hanya di kalangan segelintir pelajar di sekolah elit tertentu.
Kerajaan Johor menaikkan pemberian rebat air daripada 20 meter padu kepada 35 meter padu dalam usaha meringankan beban golongan miskin dan miskin tegarnya.
Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka sepatutnya menyuarakan permasalahan itu secara baik dan bukannya mengadakan demonstrasi di pelabuhan atau jalanan untuk menyelesaikan isu itu.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata sejumlah RM377.05 juta dibelanjakan untuk pejabat perwakilan Malaysia di luar negara pada tahun 2012.
Datuk Mat Zain Ibrahim melangkah setapak lagi, kali ini mengenai kes Batu Puteh dengan membuat satu akuan bersumpah (SD) mengenai maklumat baru yang diterimanya mengenai perkara itu.
Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini, beliau berkata sewaktu pilihan raya, kawasan kampung dan separa bandar ini, masing-masing boleh bertukar menjadi separa bandar dan bandar ekoran berbondong-bondong pengundi luar pulang ke kawasan mereka.
Kerajaan masih belum bersedia untuk menggantikan sistem pilihan raya 'first past the post' (FPTP), yang sedia ada, dengan sistem perwakilan setara untuk mengiktiraf undi populariti – kerana ia disifatkan tidak sesuai untuk Malaysia.
SPRM menyarankan agar projek kerajaan yang dianugerahkan melalui rundingan terus dan melibatkan pinjaman mudah perlu diteliti oleh kabinet, terutamanya jika ia melibatkan “keluarga dan sekutu”.
Peguam M Manogaran berkata, penduduk terbabit bercadang berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan sebanyak RM200,000 yang diperuntukkan TNB kepada seluruh keluarga yang terjejas.
Selepas dua tahun, kumpulan pro-ulama dilihat mampu merebut semula sekurang-kurangnya satu daripada tiga kerusi naib presiden PAS yang sebelum ini dikuasai sepenuhnya oleh golongan profesional.