Foto-foto terbaru ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali ketika menyambut Hari Raya Adilfitri minggu lalu, kini dipaparkan dalam blognya.

lo lo hari raya pictures family 300909 Menurut seorang ahli keluarganya, lima keping foto tersebut dirakamkan ketika Dr Lo' Lo' yang juga ahli jawatankuasa PAS, menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Kedah dan di Perak minggu lalu.

Ditanya mengenai tiga keping gambar yang memaparkan catatan 1 Mac 2008, beliau berkata, ia adalah kesilapan fungsi tetapan tarikh pada kamera yang digunakan dan mengesahkan semua gambar tersebut diambil ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

Menurutnya lagi, foto pada tarikh tersebut diambil bersama ahli keluarga mentua Dr Lo' Lo', di Tandop, Alor Setar Kedah pada hari raya pertama.

Manakala dua keping gambar lagi termasuk gambar Dr Lo' Lo' sedang menjamah lemang bersama ahli keluarganya - yang bertarikh 21 September lalu atau hari raya kedua - dirakamkan di kediaman bondanya di Kampung Tengku Husin, Ipoh.

Ini merupakan foto terkini itu Dr Lo' Lo' selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) bulan lalu.

Jumaat lalu, Malaysiakini melaporkan beliau tetap menerima kedatangan tetamu termasuk pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tetapi dilaporkan tidak bersedia ditemuramah oleh wartawan.

Ditanya mengenai kesihatan Dr Lo' Lo' sekarang ini, ahli keluarganya itu berkata: "Alhamdulillah..."

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini