Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ekoran bantahan penduduknya hari ini, operasi meroboh rumah setinggan di Kampung Desa Pinggir, Kempas di Johor Bahru ditangguhkan selama tiga hari sehingga Sabtu ini.

NONE Ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat (foto) berkata, operasi perobohan itu dilakukan oleh petugas dari Pejabat Tanah Johor Bahru pagi tadi.

Menurutnya, pihak berkuasa juga bersetuju untuk menyambung semula bekalan elektrik yang diputuskan pagi tadi.

Berikutan itu, katanya, operasi perobohan tersebut dihentikan pada kira-kira jam 6 petang ini.

Pagi tadi, kira-kira 200 aktivis dan penduduk kampung berkenaan berhimpun untuk mempertahankan rumah di situ daripada dirobohkan oleh Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru.

Mereka berkumpul di situ kira-kira jam 10 pagi untuk mempertahankan kira-kira 35 buah rumah di situ, kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.

NONE Mereka membuat 'rantai manusia' untuk menghalang pekerja pejabat tanah berkenaan serta jentera lain daripada masuk ke situ.

Sehingga jam 10.45 pagi tadi, kira-kira 10 buah rumah kosong kerana

penghuninya telah berpindah ke projek perumahan rakyat (PPR) di Kempas, kira-kira satu kilometer dari situ.

Menurutnya, selain Kampung Denai Pinggiran, operasi perobohan itu juga dilancarkan di dua buah lagi kampung setinggan - Kampung Seri Rahmat 1 dan Seri Rahmat 2.

Bagaimanapun, katanya, rumah-rumah di kedua-dua kampung tersebut telahpun  dikosongkan oleh penghuninya yang sudah berpindah ke PPR di Kempas - kecuali satu dua buah rumah yang masih berpenghuni.

NONE Sebuah daripadanya ialah rumah milik pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk setinggan Kempas,  Ramli Ibrahim di Kampung Seri Rahmat 2 (foto).

Suhaizan memberitahu rumah Ramli telah dirobohkan pada jam 11 pagi tadi ketika Ramli dan lima anggota keluarganya masih berada di dalam rumah mereka.

Sebelum dirobohkan, katanya, anggota polis telah menarik keluar Ramli dan anggotanya  dari rumah itu.

Sehingga jam 11.50 pagi tadi, katanya, ada sebuah jentolak sedang bersiap untuk masuk ke Kampung Denai Pinggiran untuk melakukan kerja-kerja perobohan.

Bagaimanapun, penduduk dan aktivis di situ menghalang laluan jentolak tersebut.

Ketika dihubungi petang ini, Suhaizan berkata, jentolak berkenaan bagaimanapun, berjaya merobohkan 10 buah di kampung itu selepas mengambil jalan lain untuk ke situ.

Kejadian itu, katanya, berlaku antara jam 12 tengahari hingga 2 petang tadi.

Ekoran bantahan penduduknya hari ini, operasi meroboh rumah setinggan di Kampung Desa Pinggir, Kempas di Johor Bahru ditangguhkan selama tiga hari sehingga Sabtu ini.

Ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat berkata, operasi perobohan itu dilakukan oleh petugas dari Pejabat Tanah Johor Bahru pagi tadi.

NONE Menurutnya, pihak berkuasa juga bersetuju untuk menyambung semula bekalan elektrik yang diputuskan pagi tadi.

"Terdapat 24 rumah lagi yang berpenghuni yang belum dirobohkan. Setakat ini juga, tidak ada sebarang tangkapan," katanya sambil menambah anggota polis turut dihantar untuk mengawal keadaan di situ.

Menurut Suhaizan (foto), sehingga jam 3.30 petang ini, para  petugas pejabat tanah masih lagi berada di situ.

Pada masa ini, katanya, mereka berhenti sekejap untuk berbincang dengan seorang pemimpin Umno cawangan yang mana kedainya juga terbabit dalam operasi perobohan tersebut.

Bagaimanapu, kedai pemimpin Umno tersebut turut dirobohkan bersama empat lagi kedai di situ.

 

 

 

ADS