Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Model Ekonomi Baru (MEB) tidak akan mempunyai kuota pemilikan berdasarkan kaum jika pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz mempunyai caranya sendiri.

NONE Pada sidang media hari ini, beliau berkata laporan MEB yang diterbitkan oleh MPEN mencadangkan semua kuota pemilikan berasakan kaum dihapuskan secara beransur dan digantikan langkah-langkah meningkatkan keupayaan untuk semua.

"Tindakan sekarang lazimnya mensasarkan ekuiti, pekerjaan dan sebagainya. Apa yang kami katakan pada masa depan, ini tidak seharusnya berlaku. Sasaran kami ialah golongan bawahan 40 peratus kumpulan berpendapatan rendah,” kata beliau pada taklimat media di Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai penyertaan Bumiputera, Amirsham berkata MEB akan meningkatkan lagi kapasiti usahawan dan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum sepanjang pelaksanaannya.

Beliau berkata MPEN akan mengkaji pendekatan terbaik yang boleh menyokong bidang ekonomi utama yang disasarkan dalam MEB.

"Dalam MEB, tidak ada kuota pemilikan, namun apa yang kami mahu lihat ialah kapasiti perniagaan bumiputera disokong supaya mereka boleh menjalankan perniagaan yang lebih baik."

Sebagai contoh, pembiayaan dan akses internet adalah antara bidang yang perlu ditingkatkan supaya mereka dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih baik dan operasi yang lebih cepat," kata Amirsham.

[Baca berita penuh]

ADS