Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah eksekutif Pusat Komuniti Masyarakat (Komas), Tan Jo Hann berkata pihak polis bersetuju memulangkan VCD dokumentari Komas selepas mendapati ia tidak mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah.

Sejumlah  200 keping VCD dokumentari Komas itu dirampas polis di sebuah rumah di Sibu semalam.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC II Huzir Mohamed dilaporkan berkata, kandungan VCD berbahasa Iban tersebut berunsur hasutan.

Huzir berkata,  polis percaya VCD itu hendak untuk diedarkan di rumah panjang sekitar kawasan parlimen Sibu sempena pilihan raya kecil Ahad ini.

memo to suhakam immigration ban 140907 tan jo hann Tan memberitahu Malaysiakini bahawa polis  telah memanggil tuan rumah terbabit untuk dirakamkan kenyataan tengahari tadi.

Selepas itu, katanya, pemilik rumah berkenaan telah menghantar SMS kepada kakitangan Komas di Kuala Lumpur.

Tan berkata, SMS itu memaklumkan bahawa pihak polis mendapati kandungan VCD tidak berunsur hasutan dan akan dipulangkan.

Bagaimanapun, katanya, tidak pula dinyatakan bila kesemua VCD tersebut akan dipulangkan.

Sebelum ini, Tan dilaporkan menuntut pihak polis memulangkan semula kesemua 200 keping VCD dokumentari mereka yang dirampas semalam.

Menurutnya, dokumentari berjudul Selepas Tsunami dengan durasi selama 35 minit itu hanya menyiarkan peristiwa yang terjadi selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

 Tan berkata, pihak polis sepatutnya menyelidik kandungan VCD tersebut terlebih dahulu sebelum merampasnya.

ADS