Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemilihan PKR bagi peringkat pusat pada 29 Oktober ini akan tetap diteruskan walaupun kempen dua pilihan raya kecil iaitu DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi akan bermula serentak pada 26 Oktober ini.

sharifah shahidah, asst. sec-gen pkr "Kita akan teruskan walaupun dalam kempen pilihan raya kecil. Pasti!" kata Timbalan Setiausaha Agung PKR Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman pada satu sidang media, petang ini.

Ini kerana, katanya terdapat dua jentera iaitu yang akan menguruskan kempen pilihan raya dan jentera untuk menguruskan proses pemilihan parti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon bagi kedua-dua kerusi itu. Manakala 4 November depan adalah tarikh pengundian.

azlan Pada sidang media itu juga, Sharifah Shahidah mengumumkan bahawa hanya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah mengemukakan penawaran untuk bertanding jawatan presiden.

Ini bermakna, katanya, Azizah menang jawatan itu tanpa saingan kecuali sekiranya ada  bantahan.

Ditanya mengapa Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan pencalonan bagi jawatan presiden, Sharifah Shahidah sambil tersenyum berkata: "Itu kena tanya beliau (Anwar)."

Khalid tidak kemuka borang

pkr headquarters nominations anwar ibrahim Menurut Sharifah Shahidah, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menyerahkan borang pencalonan, sehingga jam 6 petang ini.

"Jadi kita anggap beliau tidak hantar borang," katanya sambil menambah perjalanan hari penerimaan pencalonan hari ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sharifah Shahidah berkata pihaknya akan mengemaskini keputusan pencalonan sementara ini bermula malam ini, sebelum dimuat-naik di lalam sesawang rasmi parti jam 6 petang esok.

Timbalan setiausaha agung PKR itu juga mengumumkan kepada pihak media bahawa seramai tiga daripada lapan pemimpin yang layak bertanding jawatan timbalan presiden menerima pencalonan untuk bertanding.

azmin ali campaign launch Berdasarkan senarai, mereka adalah dua naib presiden Azmin Ali dan Mustafa Kamil Ayub serta pengerusi perhubungan negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Katanya, selepas pencalonan ditutup pada jam 6 petang ini, seramai 19 individu daripada 30 calon telah menghantar borang mereka untuk bertanding jawatan naib presiden.

Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula, sebanyak 135 daripada 211 calon, yang telah menghantar borang pencalonan.

Bagi jawatan Ketua AMK dan timbalan, Sharifah Shahidah berkata masing-masing dua orang calon menyerahkan borang pencalonan.

pkr headquarters nominations chegubard badrul hisham sharin Berdasarkan senarai tidak rasmi yang diedarkan kepada media, mereka adalah penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan ahli MPP Badrul Hisham Shaharin yang mana akan bertanding untuk jawatan ketua AMK.

Manakala bagi jawatan timbalan pula, mereka adalah ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan ADUN Teja Chang Lih Kang.

Bagi jawatan bagi jawatan naib seramai 11 orang mengemukakan borang pencalonan, manakala bagi jawatan ahli MPP AMK seramai 61 orang mengemukakan borang.

acceptance of nomination pkr headquarters inside tent Bagi jawatan ketua Wanita pusat, sebanyak tiga calon mengemukakan pencalonan.

Mereka adalah penyandangnya, Zuraida Kamaruddin, Animah Ferrar, dan Suraya Sudin.

Manakala bagi timbalan pula seramai dua calon, naib (9) dan ahli MPP Wanita sebanyak 45 calon.

Sharifah Shahidah berkata ibu pejabat parti menetapkan tiga hari bermula 18 Oktober ini sebagai tempoh bantahan, manakala 21 Oktober hingga 23 tempoh memproses bantahan yang diterima.

Pada 24 Oktober adalah tarikh senarai rasmi calon yang bertanding akan dikeluarkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS