Perwatakan Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis kurang empat bulan menjelang hari jadinya yang ke-15 - menjadi tumpuan dalam perbicaraan hari ini di mana pihak pendakwa dan peguambela menyentuh tentang pelakuan dan tabiatnya.

Turut dibangkitkan ole kedua belah pihak ialah pengalaman remaja itu memandu kereta. Aminulrasyid terlalu muda untuk mendapatkan lesen memandu sewaktu dia ditembak mati pada 26 April 2010.

NONE Kakak Aminulrasyid - Tuty Shaniza Anum Amzah (kanan), 36 -  pemilik kereta Iswara Proton yang dipandu adiknya itu sewaktu kejadian tersebut, memberitahu mahkamah bahawa adik bungsunya itu tidak mempunyai rekod disiplin, aktif bersukan dan baik dalam bidang akademik.

Menurutnya, Aminulrasyid sangat manja dengan ibunya.

Tuty berkata, jika hendak ke mana-mana, adiknya itu akan memberitahu ibunya yang kemudiannya akan menghantarnya.

Apabila hendak balik, tambahnya, Aminulrasyid akan menghubungi ibunya yang akan datang menjemput adiknya itu.

Tuty memberitahu mahkamah bahawa adiknya - pelajar tingkatan tiga - gemar menonton perlawanan bolasepak di sebuah restoran berhampiran rumahnya, bersama rakan-rakannya, tetapi adiknya itu akan pulang pada jam 12 tengah malam.

Katanya, kali terakhir dia meihat Aminulrasyid ialah ketika adiknya itu sedang menyiapkan kerja sekolahnya.

Tuty juga memberitahu mahkamah bahawa dia langsung tidak tahu yang Aminulrasyid memandu sebelum ini, tetapi yakin yang adiknya itu tidak pernah memandu keretanya.

Dia, bagaimanapun, bersetuju dengan saranan peguambela Salim Bashir bahawa dia (Tuty) tidak pasti pergerakan adiknya itu kerana dia hanya mengunjungi rumah ibunya dua kali sebulan.

Tuty yang menangis ketika ditunjukan foto bedah siasat untuk pengecaman, juga bersetuju bahawa dia pasti Aminulrasyid tidak pernah memandu kereta lain milik anggota keluarganya.

Tuty juga bersetuj bahawa dia tidak dapat memastikan pergerakan adiknya itu pada malam kejadian kerana dia tidak kenal semua rakan-rakan Aminulrasyid.

Katanya, dia hanya mendengar Aminulrasyid bercakap tentang Azamuddin Omar, yang turut berada dalam kereta bersama adiknya pada malam kejadian tersebut, tetapi tidak pernah bertemu dengannya.

Tidak kenal parang

NONE Tuty juga memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mengenali

parang yang dikemukakan sebagai bahan bukti semalam.

Bapa mertua Tuty - Mahali Tuty Ramli (kiri) - dan suami Tuty - Muzafar Mahali - juga memberitahu mahkamah bahawa mereka tidak pernah melihat parang tersebut.

Muzafar, 36, yang berada di Klang ketika kejadian itu berlaku berkata, dia  dihubungi Tuty pada kira-kira jam 3 pagi, memberitahunya yang polis sedang mencari kereta Iswara itu kerana ia "terlibat dalam satu kes".

Katanya, dia bertanya kepada isterinya itu sama ada kereta tersebut masih berada di anjung rumah. Dan apabila isterinya memberitahu yang kereta itu tidak ada, maka dia meminta Tuty memeriksa siapa yang tiada di rumah.

Katanya, Tuty memberitahunya yang Aminulrasyid tidak ada di rumah.

Tuty sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa dia nampak kereta tersebut terjongket pada dinding putih pada kira-kira jam 4 pagi, dari sudut Jalan Makyong 11/2G dan Jalan Tarian 11/2, tetapi tidak dapat menghampirinya kerana dihalang oleh anggota polis, yang enggan menjawab soalannya.

Dia hanya dapat melihat dari dekat pada kira-kira jam 7.30 pagi ketika pihak polis membuka halangan di situ dan kereta itu pula hendak ditarik dari situ.

NONE Katanya, dia ternampak bahagian depan keretak itu rosak, tempat duduk pemandu dan penumpang depan berlumuran darah, dan terdapat tanda tembakan di cermin belakang.

Koperal Jenain Subi dituduh menembak mati remaja tersebut selepas keretanya dikejar polis di Jalan Tarian 11/2G, Seksyen 11, Shah Alam pada 26 April tahun ini.

Jenain, 48, berdepan dengan hukuman 30 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut akan bersambung Khamis depan untuk mendengar keterangan pakar patologi.