Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu hari ini menghadiri mesyuarat terakhirnya dalam dewan tertinggi BN sebelum belum melepaskan jawatannya Januari depan.

Sehubungan itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak turut mengambil peluang memberikan penghargaan kepada pemimpin kaum India itu dalam sidang media di PWTC di ibu negara tengah hari tadi.

azlan "Beliau (Samy Vellu) merupakan rakan setia dalam BN sejak dulu lagi.

"Jadi kita menghargai sumbangannya dan kita percaya beliau akan terus terus bersama-sama BN serta turut menyumbang dalam kapasiti yang lain demi kepentingan bersama," kata perdana menteri.

Sebelum ini Samy dilaporkan berkata beliau tetap akan meletakkan jawatan sebagai presiden MIC Januari depan sebagaimana yang dijanjikan dan tidak akan menghiraukan sebarang spekulasi terhadapnya.

Katanya beliau akan mengadakan mesyuarat dan menjemput media untuk mengumumkan peletakan jawatan serta menyerahkan jawatan tersebut kepada timbalannya  Datuk G Palanivel.

Samy Vellu memimpin MIC selama 31 tahun sejak tahun 1979 lagi, sekali gus menjadikannya pemimpin parti komponen BN yang paling lama berkuasa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS