Sayap Pemuda, Wanita PKR kekal status quo
Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini secara rasmi mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan sayap parti itu.
Keputusan kedua-dua pemimpin sayap parti itu diumumkan di dalam Kongres AMK dan Wanita di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) lewat petang ini.
Sementara bagi jawatan timbalan ketua AMK pula, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berjaya menewaskan ADUN Teja Chang Lih Kang.
Khairul Anuar adalah muka baru yang diketengahkan untuk jawatan nombor dua setelah bekas timbalan AMK Fariz Musa tidak mempetahankan jawatan tersebut kerana faktor umur.
Bagi jawatan naib presiden AMK, dua muka baru yang memenangi kerusi nombor tiga sayap parti itu ialah ketua AMK Kota Raja Azmizam Zamanhuri dan Erveana Ansari Ali.
Manakala ADUN Simpang Pulai, Perak Chang Ming Kai pula mempertahankan jawatan tersebut.
Sebanyak 13 muka baru berjaya merebut jawatan kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) AMK, tersebut, manakala tujuh muka lama kekal dalam jawatan tersebut.
Lima jawatan lantikan bagi jawatan tersebut bakal dibuat oleh kepimpinan baru yang terpilih.
Sementara itu, bagi jawatan timbalan ketua Wanita pula, Rodziah Ismail yang juga exco kerajaan Selangor turut mempertahankan jawatannya dengan mendapat 6,515 undi.
Jawatan naib presiden pula dimenangi oleh muka baru - ADUN Rawang, Gan Pei Nei - yang memperolehi 4,363 undi.
Ttimbalan speaker DUN Selangor Haniza Talha dan Nor Sham Abu Samah pula berjaya mengekalkan jawatan tersebut, apabila masing-masing mendapat 4,162 dan 3,329 undi.
Berikut adalah keputusan rasmi bagi 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat AMK.
1. Abdul Rahman Abdul Hackeem
2. Natassia Sarah
3. Zulhaidah Suboh
4. Zafril Mohd Eusoff
5. Mohammad Azihan Che Seman
6. Azman Yusof
7.Ginie Lim
8. Sangetha Jayakumar
9. Muhammad Najmi Samsudin
10. Jefery Jamion
11. Azwan Ramli
12. Rajan Rajan Naidu
13. Farhan Ibrahim
14. Md Zaman Md Tasi
15. Sachithananthan Krishnan
16. Ong Chin Wen
17. Mohd Nazri Ismail
18. Ramlan Roes
19. Hamsah Djabir
20. Ng Shy Ching
Berikut adalah keputusan rasmi bagi 20 ahli Majlis Pimpinan Pusat Wanita.
1. Daroyah Alwi - 4,075 undi
2. Chua Yee Ling - 3,865 undi
3. Nurin Aina - 3,554 undi
4. Juwairiya Zulkifli - 3,497 undi
5. Ain Eusoff - 3,484 undi
6. Yogayswary a/p Ramalu - 3,243 undi
7. Salmah Ismail - 3,237 undi
8. Fatmawati Salim - 3,149 undi
9. Armila Alias - 2,979 undi
10. Poziyah Hamzah - 2,875 undi
11. Tan Poh Lai - 2,742 undi
12. Ramlah Bee - 2,567 undi
13. Halimah Mamat - 2,561 undi
14. Norhesni Ismail - 2,552 undi
15. Norhanim Mohsen - 2,507 undi
16. Juliana Jusif - 2,384 undi
17. Vasanthi Ramalingam - 2,359 undi
18. Sarimah Lisut - 2,302 undi
19. Felicia Ling - 2,229 undi
20. Nanie Jamil - 2,181 undi
Sementara itu, setiausaha Wanita Haryati Ahmad memberitahu pemberita seramai 115,777 anggota yang layak mengundi.

