Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Galeri Foto

Gema laungan 'Malaysia boleh, Gaddafi tak boleh' bergema di depan kedutaan Libya di ibunegara petang tadi, apabila sekumpulan rakyat negara itu berhimpun membantah kekejaman pentadbiran presiden Mohammad Gaddafi.

NONE Kira-kira 50 rakyat Libya itu muncul selepas tiga pemimpin Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum bantahan kepada pegawai kanan kedutaan itu pada kira-kira jam 2.45 petang.

Mereka berhimpun di situ selama kira-kira 15 minit mulai jam 2.50 petang sambil membawa poster dan melaungkan antaranya, 'Gaddafi musuh Allah' , kemudiannya diikuti dengan laungan 'Malaysia boleh, Gaddafi tak boleh'.

Sebelum itu, kira-kira 70 penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat serta NGO berarak ke Kedutaan Libya di ibunegara selepas solat Jumaat, bagi membantah kekejaman pentadbiran presiden Mohammad Gaddafi ke atas rakyatnya.

NONE Bagaimanapun, mereka menghampiri kedutaaan tersebut, mereka dihalang oleh anggota polis yang berkawal di situ.

Selepas berunding seketika, pihak polis membenarkan lima orang untuk ke kedutaan tersebut bagi menyerahkan memorandum bantahan.

Manakala yang lainnya berpatah balik ke Masjid Tabung Haji yang terletak berdekatan di situ.

Antara mereka yang dibenarkan masuk ialah dua ahli jawatankuasa pusat PAS, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta Mohamad Sabu. Turut sama ialah ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamarulzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Annuar Ahmad Zainuddin.

Setibanya di jalan masuk ke kedutaan tersebut mereka disertai oleh ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Batu, Tian Chua dan setiausaha agung PSM, S Arutchelvan.

NONE Selepas sekali lagi berunding dengan anggota polis yang berkawal di situ, tiga orang - Nurul Izzah, Syed Azman dan Mohamad Sabu - dibenarkan masuk kira-kira jam 2.45 petang, untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada timbalan duta.

Menurut Syed Azman, memorandum itu adalah Gabungan Rakyat Malaysia yang diwakili oleh PAS, PKR, PSM dan 30 NGO, mendesak supaya dihentikan pembunuhan orang awam serta diadakan pilihan raya bebas bagi memenuhi aspirasi rakyat Libya.

ADS