Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan dakwaan kononnya deejay Radio Free Sarawak ‘diganggu’ oleh pihak berkuasa dan sebaliknya menyalahkan pihak pembangkang yang mencetuskan cerita berkenaan.

Ali rustam and muhyiddin in merlimau "Saya tak dengar apa-apa pun mengenainya dan dakwaan ini mungkin disebarkan oleh pembangkang bagi untuk mencetuskan sesuatu (menjelang pilihan raya negeri),” katanya.

Beliau juga menafikan bahawa kerajaan BN gusar dengan impak stesen radio anti ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di internet itu, menjelang pilihan raya Sarawak.

Awal minggu ini deejay Radio Free Sarawak, Peter John Jaban yang berpangkalan di London mendakwa pihak berkuasa mengenakan 'gangguan' ke atas keluarga dan perniagaannya di Kuching.

NONE Jaban, yang terkenal dengan nama panggilan di udaranya sebagai Papa Orang Utan adalah DJ radio pro demokrasi berkata masalah keluarganya bermula awal Januari ini apabila identitinya dikenali ramai di Sarawak.

Buat permulaan, penyewaan restoran milik keluarganya yang telah menduduki sebuah bangunan sejak empat tahun lalu tiba-tiba ditamatkan.

Pemilik bangunan itu yang dikatakan penyokong BN pada Januari lalu memberi restorannya tempoh sebulan untuk mengosongkan perniagaan mereka.

Anak Jaban, kemudian menghubunginya memberitahu perniagaan rumah tumpangan yang dijalankan mereka juga menerima nasib yang sama.

[Baca berita penuh]