Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ya, ya, ya', polis akan bertindak ke atas Pemuda

Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di hadapan ibu pejabat PKR pada lewat malam Isnin lalu, kata Menteriu Dalam Negeri.

NONE Ditanya secara spesifik sama ada polis akan bertindak berhubung insiden itu, Hishammuddin Hussein berkata: "Ya, ya, ya."

Katanya, tida ada mana-mana individu yang akan mendapat layanan istimewa dan kerajaan telha menjelaskan pendiriannya itu.

"Saya beritahu mereka (polis) melayani Pemuda Umno dengan cara sama. Tidak ada orang mengatasi undang-undang," katanya.

Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

NONE Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Bagaimanapun exco pergerakan itu Lokman Noor Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau hanya dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:

NONE "Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".

Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS